#StayHomeWithGD: Tip & Cara Membasmi Kuman Di Kediaman - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: Tip & Cara Membasmi Kuman Di Kediaman

Dunia sedang mengalami pandemik wabak Covid-19. Wabak berjangkit ini tersebar mudah hanya melalui sentuhan dan titisan tubuh yang dikeluarkan ketika batuk dan bersin.

Oleh itu, kebersihan diri amat perlu dititikberatkan dengan mencuci tangan, tidak menyentuh muka, mulut dan hidung serta banyakkan minum air. Malah, kebersihan kediaman perlu diambil kira kerana wabak merebak dengan pantas melalui sentuhan.

Lihat senarai penting perlu ada untuk membasmi kuman dan ruangan paling aktif di kediaman yang perlu dinyah bakteria dengan kerap.

Slide untuk lihat gambar. 

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Campuran soda bikarbonat, cuka dan lemon.

Campuran ketiga-tiga bahan mudah didapati ini sering digunakan untuk menghakis kotoran degil seperti karat di sinki dan mangkuk tandas. Namun, sebenarnya campuran bahan-bahan ini mampu membersih dan membasmi bakteria yang hidup aktif. Malah, anda boleh menggunakan sebiji lemon dan beberapa sudu cuka dididihkan bersama air bersih untuk mensterilkan botol susu, kutleri, cawan, perkakasan dapur lain.