#StayHomeWithGD: Tip & Cara Membasmi Kuman Di Kediaman - Page 3 of 5 - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: Tip & Cara Membasmi Kuman Di Kediaman

Dunia sedang mengalami pandemik wabak Covid-19. Wabak berjangkit ini tersebar mudah hanya melalui sentuhan dan titisan tubuh yang dikeluarkan ketika batuk dan bersin.

Oleh itu, kebersihan diri amat perlu dititikberatkan dengan mencuci tangan, tidak menyentuh muka, mulut dan hidung serta banyakkan minum air. Malah, kebersihan kediaman perlu diambil kira kerana wabak merebak dengan pantas melalui sentuhan.

Lihat senarai penting perlu ada untuk membasmi kuman dan ruangan paling aktif di kediaman yang perlu dinyah bakteria dengan kerap.

Slide untuk lihat gambar. 

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Membersih dengan Hidrogen Peroksida (Hydrogen Peroxide).

Hidrogen Peroksida bukan sahaja berkesan untuk memutihkan gigi. Kandungan Hidrogen Peroksida 3% dapat mengaktifkan rhinovirus dalam masa lapan minit. Curahkan bahan Hidrogen Peroksida terus pada permukaan seperti sinki, kaunter  dapur dan mangkuk tandas; dan biarkan menyerap selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, berus kawasan yang mahu dibersihkan dan bilas dengan air. Bahan ini juga selamat digunakan untuk membersihkan berus gigi yang sememangnya banyak menyimpan bakteria.