Ekspresiisme Masa - Glam Malaysia
Ekspresiisme Masa
Ekspresiisme Masa

Dua bintang bersama dalam ekspedisi masa rentasi kota Metropolitan. Cetusan aspresiasi diri membawa kepada personaliti peribadi.

penyelaras &pengarang kecantikan JULIA AZMAN pengarah kreatif NISA’ HALID gambar ERIC/ BLINK STUDIO solekan KF BONG dibantu oleh PENG dandanan BIBIAN LEONG penata gaya SARAH SAW personaliti KEITH FOO & WHULANDARY

Whulandary Herman, Bekas Miss Universe Indonesia 2013, Ahli Perniagaan

Whulan X Piaget

BLAZER DAN CELANA MERAH JAMBU, MSGM. LEGASI TERBARU JAM PIAGET POLO DATE WATCH 36 MM DAN LENGKAP BERSAMA HIASAN KONTEMPORARI CINCIN EMAS PUTIH 18 KARAT DAN EMAS MERAH 18 KARAT, PIAGET POSSESSION RING.

Pertama kali anda menjejak kaki di pentas minggu fesyen? Sekitar tahun 2009 untuk Minggu Fesyen Bali. Teringat kembali momen istimewa saat berada di sana. Apakah trend kecantikan yang anda gemari masa kini? Saya bukanlah mengikuti perkembangan trend kecantikan, tetapi saya lebih cenderung untuk mengetahui rahsia penjagaan wajah, tubuh badan. Sejak bergelar seorang ibu, masa untuk saya manjakan diri agak terhad. Tetapi jika ada masa, rutin penjagaan kulit wajah dan badan akan diutamakan. Apakah nasihat ringkas anda kepada masyarakat setelah mereka menghadapi kesukaran kala berada di musim pandemik? Saya percaya ramai di antara kita telahpun melalui waktu kesukaran di musim pandemik. Namun, janganlah anda khuatir atau menganggap satu pengakhiran kehidupan. Positifkan diri dan anggap ia satu cabaran baru yang kita bersama hadapi dan paling penting adalah kita bersama bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan walaupun secara new-norma.

JAKET NILON BERWARNA PUTIH DAN CELANA BEIGE, BRUNELLO CUCINELLI. JAM TANGAN PIAGET POLO DATE MEWAH BERTATAHKAN 60 BUTIR BERLIAN POTONGAN BRILLIANT SERLAHKAN ENERGI FEMININ.

Apakah perkara paling sukar bergelar sebagai seorang ibu dan paling bermakna untuk anda? To get my sweet times just for 5 minutes! Atau memegang telefon bimbit dan membuat aktiviti sendiri. Masanya agak terhad untuk saya namun disebalik kesukaran ini bergelar sebagai seorang ibu mengajar saya untuk menjadi lebih sabar dan mengubah persepsi melalui pandangan saya, malah sekarang ini saya banyak belajar erti bahagia melalui perihal yang sederhana. Jika anda diberi peluang untuk mengembara di mana sahaja, Di manakah negara yang ingin anda lawati? Kembali semula ke Cairo, Mesir.

See also
6 Jenis Denim Harus Milik!

Keith Foo, Pelakon

DENIM JAKET BIRU BERJALUR, MSGM DAN CELANA DENIM BIRU, BRUNELLO CUCINELLI. JAM PIAGET POLO WATCH 42 MM.

Sekiranya anda dapat kembali ke usia yang diingini, apakah pilihan anda dan mengapa? Tiada usia yang spesifik, tetapi jika diberi kesempatan saya ingin kembali ke usia 20-an, ketika inilah saya banyak membuat kesilapan. Yakni, kesilapan ini juga yang bantu menentukan siapa diri saya sekarang sebagai manusia. Saya hanya berharap dan tell my younger self that everything is going to work out just fine. Just breath! Apakah momen yang bermakna dan terhebat dalam sejarah diri anda? Aren’t we living through the greatest moments now? Bagi diri saya dan juga individu di luar sana, bahawasanya kita sedang melalui perubahan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini terutama kesedaran masyarakat terhadap gender equality, women’s empowerment dan mental health awareness. Saya sangat optimis bahawa perubahan ini membawa kepada satu peluang cerah dan pendeka- tannya juga adalah momen terhebat.

Keith X Piaget

JAKET KASUAL BERONA UNGU DAN CELANA SUKAN KAPAS VERONA PUIT, BRUNELLO CUCINELLI. KEITH FOO MENGENAKAN PIAGET POLO WATCH YANG BERILHAMKAN KRONOGRAF DALAM MENYERLAHKAN EKSPRESI TENANG DAN ELEGAN.

Bagaimana anda mengekalkan pengetahuan kecergasan anda?Terdapat banyak maklumat kecergasan di laman maya terutama media sosial. Segalanya di hujung jari dan untuk diri saya sekadar a pinch of salt. Tidak dinafikan, pengetahuan mengenainya sangat penting tetapi lebih baik anda ketahui dan perhatikan badan anda dan jelas akan matlamat anda. Ambil apa yang paling sesuai untuk anda dan pilih rejim kecergasan anda sendiri (atau dapatkan bantuan daripada pihak profesional) Apa sesuatu yang anda fikir setiap orang harus alami sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka? Untuk benar-benar jatuh cinta. Jadilah dalam bentuk apa sahaja. Bagi saya secara peribadi, ia adalah keibubapaan – ia mengubah hidup saya. I suppose what I wanted to say is to be in love enough to be who you wanted to be. Dalam bucket list anda, apakah perkara yang ingin anda lakukan dengan segera? Saya suka mengembaran dan merasai keindahan dunia bersama anak perempuan saya Skylar dalam karavan.

See also
Tambour Twenty Penaklukan Arloji Terhebat LV

Pautan berkaitan: Spektrum Pelangi