Raikan Bulan Ini Di Rumah Anda Bersama Cosentino - Glam Malaysia
Raikan Bulan Cinta Di Rumah Anda Bersama Cosentino

Raikan Bulan Ini Di Rumah Anda Bersama Cosentino

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sempena bulan ini, raikan percintaan anda bersama pasangan dengan idea-idea romantis di rumah, bersama koleksi Dekton Onirika daripada Cosentino.

Melakukan sesuatu yang romantis menunjukkan tanda sayang dan cinta buat pasangan anda. Sama ada anda berada dalam hubungan jarak jauh atau yang lebih santai, merancang malam temu janji adalah ideal yang terbaik. Tiada apa yang lebih indah daripada membuatkan pasangan anda tersenyum dan disayangi!

Jadikan rumah yang selesa sebagai tempat sempurna untuk malam temu janji. Dengan sedikit menaik taraf rumah, anda boleh berulang kali meraikan cinta bersama pasangan istimewa anda dengan penuh keselesaan. Masa untuk menguatkan lagi hubungan dan cinta dengan idea-idea romantis yang segar di rumah impian anda bersama koleksi Dekton Onirika.

Idea romantis bersama koleksi Dekton Onirika, Cosentino

1. Tetapkan malam temu janji yang sempurna dengan makan malam yang romantik.

Raikan Bulan Cinta Di Rumah Anda Bersama Cosentino

Foto: Cosentino

Daripada menghabiskan beratus ringgit hanya untuk satu malam di restoran mewah, jadikan malam temu janji yang tidak boleh dilupakan hanya di rumah! Hiaskan rumah dan meja makan, serta masak makanan kegemaran yang lazat buat pasangan yang anda cintai. Anda boleh mencari meja makan yang baru untuk malam temu janji yang romantis dengan memasang salah satu permukaan daripada Cosentino.

See also
Inspirasi Buat ‘Home Office’ Yang Artistik, Praktikal Dan Chic

Koleksi Dekton Onirika seperti Trance, menampilkan coretan halus yang hangat seperti bergerak antara oksida dan warna pudar emas kemerahan. Digabungkan dengan sempurna kayu oak merah dan ton walnut yang gelap kelihatan klasik seperti Vigil, yang mudah digabungkan dengan warna hangat atau sejuk. Anda boleh menetapkan suasana romantik dengan menambah hiasan jambangan bunga dan menyalakan lilin bagi melengkapkan lagi permukaan Cosentino yang diilhamkan daripada marmar. Selain itu, anda juga tidak perlu risau sekiranya makanan atau air yang tertumpah, kerana permukaannya sangat tahan terhadap kotoran dan air.