Use your ← → (arrow) keys to browse
Mengimpikan sebuah majilis resepsi yang gilang gemilang tanpa cacat cela dan kediaman dengan dekorasi menawan semestinya menjadi impian setiap mempelai.
Apabila berfikir mengenai perkahwinan, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah majlis resepsi dengan dekorasi menawan buat tetamu yang bakal hadir. Jika kedua belah pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, pastinya pasangan pengantin sudah mula berfikir secara detil segala persiapan menuju ke hari bahagia dan juga kediaman yang bakal mereka duduki selepas berkahwin. Royal Selangor membariskan asas persediaan perkahwinan untuk membantu anda memulakan perjalanan menuju hari bahagia. Jenama ini juga dapat merealisasikan majlis perkahwinan dan kediaman impian dalam masa yang sama!