Use your ← → (arrow) keys to browse
Bagi pengantin baru, bulan madu adalah percutian yang dinantikan setelah berbulan-bulan merancang majlis perkahwinan. Ini masanya untuk anda bersama yang tersayang dan menikmati masa berdua bersendirian.
Sama ada anda berdua penggemar pantai, makanan, pengembaraan, salji atau kota, pelbagai destinasi luar biasa yang berhampiran atau yang beribu batu jauhnya ada kami kongsinya pada artikel kali ini. Ia semestinya menjadi kembara yang akan memberikan kenangan yang berkekalan sepanjang hayat. GLAM membariskan 15 destinasi penginapan bulan madu terbaik untuk melengkapi hari anda bersama pasangan dalam suasana yang penuh elegan dan eksklusif.