Sebaik berada di dalam kediaman, pasti berdiri bulu roma tetamu anda ketakutan menyaksikan karya seni dengan wajah berhantu yang berubah bila-bila masa walau di mana anda berada. Bingkai gambar dengan imej wajah karakter popular cerita seram ini sangat menakutkan kerana mereka seolah-olah memerhati anda dalam diam dan lebih teruk lagi jika anda membayangkan mereka seakan-akan hidup dan sedang tersenyum!