Tya Arifin Hiasi Wajah Hadapan Edisi Kedua GLAM Weddings
GLAM Weddings kembali untuk keluaran kedua. Aktres jelita dari Indonesia, Tya Arifin yang baru sahaja mengikat cinta bersama suami, Asyraf Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menghiasi edisi kali ini. Cinta membawa Tya ke tanah asing lalu mengambil keputusan untuk melabuhkan kariernya di Malaysia.
Turut menghiasi GLAM Weddings adalah empat wanita jelita yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan; Cik Puan Putri Noor Amelia Thripura Henderson, Yang Mulia Puteri Afzan Shakira Nabila, Kelly Roza dan Nadia Anuar, masing-masing menjejaki kembali memori di hari-hari terakhir sebelum menjelang hari bahagia.
Halaman Ceritera Cinta pula memaparkan lapan resepsi perkahwinan paling bergaya dipersembahkan dari seni reka pelamin hingga ke hantaran membawa kepada mood serta suasana.