Tip Makan Angin Di Rio de Janeiro - Glam Malaysia

Tip Makan Angin Di Rio de Janeiro

Rio

Gambar: Permandangan waktu malam di Rio de Janeiro (Arkib GLAM)


 
Kadar jenayah yang tinggi di Rio de Janeiro tidak menjadi penghalang bagi mereka yang masih mahu mengamati negara samba ini. Rio de Janeiro telah dipilih menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik 2016. Tentunya Rio akan menjadi tarikan ramai dan bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke sana, GLAM senaraikan beberapa tip makan angin di Rio de Janeiro.

     

  • Sebagai keselamatan, usah sarung barang kemas yang sarat pada diri. Ini bagi mengelakkan mata-mata yang ingin mengambil kesempatan.
  •  

  • Rio memiliki laluan basikal terbesar di dunia. Jadi, ambil peluang sewa basikal bersama keluarga dan pusing sekitar bandar untuk merasai pengalaman mengembara di sini.
  •  

  • Pastikan anda menempah teksi dari saluran yang betul, atau menerusi pihak hotel supaya tidak dikenakan bayaran yang melampau oleh sebilangan teksi di sini.
  •  

  • Usah takut untuk ucap helo atau kata sapaan kepada rakyat tempatan di sini. Ini kerana masyarakat Cariocas sememangnya mesra dan bersifat terbuka.
  •  

  • Elakkan daripada menggunakan simbol tangan “OK” kepada Cariocas kerana ia bermaksud kurang biadap bagi golongan ini.
  •