Tip Bentuk Badan Menawan

Tip Bentuk Badan Menawan

Beyonce MET Gala 2015Gambar: Arkib

 
Anda pasti mencari-cari cara mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan. Adalah lebih mudah sekiranya anda pahatkan dalam minda bahawa anda mahukan perubahan dan ingin melihatnya menjadi kenyataan. Yang pertama, semestinya perlu berkerja keras! Tidak hanya mengambil pil kurus atau membebani minda hingga menjadikannya sesuatu yang membingungkan. Jika anda mahu kehilangan lima kilogram, meleperkan perut anda atau menambah definisi otot, GLAM sarankan tip mendapatkan bentuk badan yang anda mahukan.
 
Bagaimana mendapatkan lebih banyak definisi otot?
Untuk membina otot tanpa lemak, scale back on carbs. Selalunya definisi otot bersembunyi di bawah lemak kalori berlebihan yang datang dari item berkalori tinggi seperti karbohidrat. Amalan karbohidrat sihat adalah enam auns dalam diet 2.000 kalori yakni tiga keping roti dan secawan pasta mentah.
 
Bagaimana mendapatkan perut yang rata?
Fiber perlu menjadi teman baik anda untuk mencapai perut rata atau six-pack sekali gus menewaskan perut membuncit. Kebanyakan kita hanya hanya mendapat separuh daripada apa yang sepatutnya. Tahukah anda serat adalah penting untuk pencernaan yang lebih baik, kurang kembung membakar kalori dengan lebih baik? Ia juga membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang sihat, bermakna anda membakar kalori dengan lebih berkesan. Bagi wanita, GLAM mengesyorkan anda mendapatkan 21 hingga 25 gram serat setiap hari.
 
Bagaimana mendapatkan postur yang lebih baik?
Anda boleh kehilangan satu atau dua inci dengan hanya berdiri tegak. Bukan sahaja anda tampak ramping, namun membantu menyerlahkan keyakinan. Amalkan latihan yang boleh membantu anda membakar 200 hingga 400 kalori satu jam langsung memberi manfaat kepada postur termasuk Yoga, menari (tarian dan tango), Pilates dan Barre. Ia boleh meluruskan postur badan, merehatkan bahu, memasukkan pelvis dan menarik otot perut untuk lebih lurus.
 
Bagaimana mendapatkan kulit yang lebih baik?
Minum lapan gelas setiap hari adalah asas kepada kulit yang sihat namun apa jua yang anda makan turut memberi kesan yang besar pada kulit. Nikmati makanan yang kaya dengan kalium, yang mana bertanggung jawab menghidrat kulit agar sentiasa lembap dan berseri seperti grapefruit, pisang, dan alpukat. Makan makanan yang kaya dengan vitamin A seperti kentang manis, lobak, kangkung dan sayur-sayuran juga penting untuk kulit. Omega-3 di dalam wild salmon, walnut dan biji rami untuk memastikan kulit sentiasa tegang dan berfungsi dengan baik.
 
Bagaimana mendapatkan punggung menawan?
Ubah tabiat makan anda kemudian beralih kepada latihan untuk melihat perbezaan pada punggung anda. Badan yang terbiasa dengan rutin senaman yang sama tidak akan menunjukkan peningkatan lebih lanjut. Maka anda tidak akan mengeluarkan peluh yang banyak. Saranan GLAM agar anda menambah satu atau dua latihan dalam rutin anda seperti menari, senaman Pilates atau Barre dan nantikan takrifan baru dalam senaman anda.
 
Bagaimana menghilangkan lima kilogram terakhir?
Ramai orang mempunyai momen sukar menurunkan lima kilogram terakhir atau berat tambahan yang berlaku selepas percutian. Daripada menyekat pengambilan makanan sihat, GLAM syorkan anda menambah masakan sup untuk diet anda. Hindari versi tin kerana ia tinggi natrium dan amalan makanan segar adalah yang terbaik. Sup mudah kenyang dan secara semula jadi rendah kalori, apatah lagi dengan tambahan sayur-sayuran.
 
 

See also
GLAM Expose: Berhijab Hanya Sekadar Mengikut Trend. Sahsiah Diri Dan Imej Berpakaian Ditolak Tepi