Terowong Bunga Wisteria Di Jepun Memukau Pengunjung - Glam Malaysia

Terowong Bunga Wisteria Di Jepun Memukau Pengunjung

Musim sejuk sudah hampir ke penghujungnya dan sudah pastin ramai berhasrat untuk melancong ke lokasi-lokasi yang mempamerkan kemekaran bunga tatkala musim bunga seperti Magribi, Afrika Selatan, Belanda, dan juga Jerman.

 

Namun baru-baru ini sebuah terowong bunga di Jepun telah menarik perhatian ramai dengan keindahan bunga-bunga Wisteria yang memenuhi terowong tersebut.

 

Terowong bunga Wisteria ini boleh dijumpai dalam Taman Kawachi Fuji di Kitakyushu, Jepun. Terdapat 150 jenig bunga Wisteria di taman tersebut dan juga 20 spesis yang lain.

 

Mereka yang telah berkunjung ke sana menerangkan pengalaman berjalan di dalam terowong ini merupakan saat yang menenangkan bagi mereka.

 

Sebelum anda membeli tiket ke Jepun sekarang, bunga ini hanya akan berkembang pada hujung April dan pertengahan bulan Mei, Jadi anda masih sempat lagi untuk merancang percutian anda. Pada 27 hingga 29 April juga mereka akan mengadakan “Wisteria Festival” untuk meraikan bunga yang indah ini.

See also
#WorldMentalHealthDay: Tip Atasi Kegelisahan dan Kemurungan

 


 

#unplaisirparjour #wisteriaflowerpark #wisteriaflowertunnel #japon #japan #nature #flowers

A post shared by Elina J'admire la Vie (@jadmirelavie) on


 


 


 

We’re dying to go there now!

See also
Rahsia Tubuh Badan Toned