Suitcase Diaries: Nora Khalid di London - Glam Malaysia

Suitcase Diaries: Nora Khalid di London

Nora Khalid adalah pengasas kafe Whisk yang mencintai seni rekaan dalaman. Mendapat pendidikan di Parsons School of Design, New York gemar mengembara ke serata dunia sehingga mendapat ilham untuk membuka perniagaan kafe.

 

 

Apakah istimewanya kota London?
Kesenian, teater, fesyen serta masakannya adalah yang terbaik. Di kala musim luruh, pemandangan di kota London cukup sempurna, ia dikelilingi kabus dan hampir keseluruhan kota berwarna kelabu. Jika melancong pada musim sejuk, saya gemar bergaya dengan pakaian bulu dan skarf kashmir. Buat penggemar fesyen, Dover Street Market menyediakan pelbagai barangan lama dan terkini. Jenama Alaia, Comme Des Garson, Lanvin dan Celine bagaikan memanggil-manggil. Harvey Nichols dan Liberty untuk barangan jenama Amerika dan Monocle pula menyediakan barangan kepada yang menghargai one off piece buat suami tersayang.

 

london-bridge-evening-river-wallpaper-hd

Kenangan indah sewaktu di sana?
Saat yang paling manis ialah sewaktu bersama ahli keluarga melawat kawasan luar daerah. Kami memandu kereta dan berpeluang memetik buah strawberi segar di ladang, melawat monumen bersejarah dan menghayati budaya Inggeris di luar kota London.

See also
KLFWRTW 2016 DAY 1: Style in The City

 

Kawasan tumpuan untuk bersantai?
London semestinya! Menikmati teh bersama ibu di 5th floor di Harvey Nichols sentiasa menyeronokkan. Bersantai di balkoni berdekatan Dover Street Market’s dan menikmati roti di Rose Bakery. Jika gemar akan pengalaman makan malam yang indah, bebas dari hiruk pikuk cubalah ke Nobu, The Zen serta Hotel Metropolitan. Untuk selera old European Grandeur, The Wolseley menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang enak. Le Petite Maison pula untuk ala Perancis. Buat penggemar kopi singgahlah ke Kaffeine, Rapha Cycle Club, Notes Coffee and Music dan Prufrock. Segalanya tersedia di sana.

 

the-wolseley

Bagaimana pula dengan hotel?
Hotel The Halkin dan Metropolitan by COMO menawarkan pengalaman menginap dalam suasana moden kontemporari. Hotel Claridge’s di Mayfair serta Mandarin Oriental Hyde Park nyata membangkitkan aura kemewahan. Luangkan masa di Soho House untuk beberapa hari atau Space NK untuk rawatan spa mengagumkan.

 

Fesyen di kala melancong?
Kasut yang selesa disarung dan skarf kashmir Loro Piana, Hermes dan Chanel adalah sesuatu yang wajib. Berikan sedikit masa buat diri anda berehat. Jika ingin merasai pengalaman melancong yang sebenar, lupakan sahaja perhubungan anda dengan soal kerja. Nikmati detik percutian dalam erti kata yang sebenar.

See also
Perintah Kawalan Pergerakan? Ia Bukan Alasan!