Ramai tidak tahu bahawa rumah fesyen Chanel telah membuka spa pertama mereka di hotel mewah the Ritz. Terletak di kota cinta Paris, hotel itu baru sahaja dibuka selepas pengubahsuaian selama 4 tahun.
Tahukah anda bahawa spa bernama Chanel au Ritz Paris ini sungguh eksklusif, ia hampir mustahil untuk melakukan tempahan. Sejak dibuka, ia penuh ditempah! Bagi mengesahkan tempahan, setiap satu daripada klien mereka akan menerima kad undangan yang mempersona melalui persuratan, sekali dengan setem khas Chanel!
Lihat video oleh majalah Allure di bawah untuk mengintai tempat pertemuan bagi yang kaya dan terkenal!