Selebriti Jayakan L’Oreal Colour For Life

 Selebriti Jayakan L’Oreal Colour For Life

IMG_0827

Sebuah majlis santai Colour For Life Reunited bersama selebriti dan personaliti terkenal tanah air beserta kanak-kanak dari The Malaysian Aids Foundation (MAF) dianjurkan 10 Jun lalu bertempat di Sumira Place, Taman Tasik Titiwangsa bagi meraikan semula kerjasama antara mereka yang menjayakan kempen ini.
 
Colour For Life adalah merupakan sebuah kempen yang dianjurkan oleh L’Oreal Professionnel untuk The Malaysian Aids Foundation sejak tahun 2002 dengan tujuan mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang menghidap HIV.
 
Tahun lalu menyaksikan kolaborasi antara L’Oreal Professionnel bersama lima pereka terkenal iaitu Datuk Professor (Dr) Jimmy Cho, Tom Abang Saufi, Eric Choong, Winnie Sin dan Royal Selangor serta 26 personaliti tanah air yang diakhiri dengan kempen potongan rambut amal selama dua hari. Jumlah keseluruhan dana yang dikumpul mencapai RM100,000.
 

IMG_0743 Demonstrasi seni makanan oleh Samantha Lee.

 
Menarik mengenai majlis perjumpaan ini adalah demonstrasi seni makanan dari Food Artiste, Samantha Lee yang menunjukkan cara-cara menghias makanan dengan seni gaya yang cukup comel, sesuai untuk kanak-kanak malahan juga menangkap perhatian mereka yang dewasa. Ianya kemudian diusuli dengan pertandingan seni makanan antara selebriti dan personaliti yang hadir seperti Ning Baizura, Fahrin Ahmad, Profesor Dato Jimmy Choo, Datin Paduka Marina Mahathir, Thanuja Ananthan, Carey Ng dan ramai lagi.
 

See also
GLAM Exposé: Solusi IVF Sebagai Pengikat Kasih, Harta dan Kuasa

IMG_0751Ning Baizura dan Fahrin Ahmad digandingkan dalam satu kumpulan.

 

IMG_0787Thanuja Ananthan dan Datin Paduka Marina Mahathir bekerjasama menghasilkan food art.

 

IMG_0789Profesor Dato Jimmy Choo.

 

IMG_0800Carey Ng bersama ahli kumpulannya.

 

IMG_0801Hasil seni makanan yang diinspirasikan dari Lady Gaga oleh kumpulan Carey Ng.

 

IMG_0805Patricia K bersama kanak-kanak dari MAF ditemu bual hos pada hari itu, Lexie Rodriguez.

 

IMG_0807Hasil comel dari kumpulan Patricia K.