Ready to rise with PUMA! Jenama sukan antarabangsa, PUMA mempersembahkan sniker penuh gaya khas buat wanita yang ingin tampil menawan kala bersantai mahupun bersukan. Disarung oleh model antarabangsa terkenal, Cara Delevingne, sniker PUMA Rise ini menggabungkan teknologi larian RS yang menawarkan ciri keselesaan dan stail saat anda melangkah mahupun berjalan.
Sniker ini ternyata dinamik khas buat wanita yang melangkah untuk mencapai impianya, mencipta keselesaan menerusi pembinaannya yang lembut, direka menggunakan tekstil campuran suede dan kulit, menjadikan kasut ini sepatu terbaik buat anda!
PUMA Rise dijual pada harga bermula RM469 dan kini tersedia di semua cawangan PUMA seluruh Malaysia.