Social climber. Topik perbualan hangat diperkatakan di majlis- majlis sosial!

Retorik: You Can’t Sit With Us

Teks: Amri Rahim

 

Social climber. Topik perbualan hangat diperkatakan di majlis-majlis oleh golongan sosialit kota yang sibuk menilai ‘turun naik’ sesetengah individu. Kelakuan social climber diperhati erat lantas dikritik. Apabila gambar terbaru si social climber dimuat naik di Instagram dengan pantas akan di screenshot dan dikongsi di group chat. Inilah filem Mean Girls versi realiti.
 

 

Fenomena social climber berlaku di mana sahaja di kalangan pelbagai kumpulan masyarakat dan tidak semestinya di antara yang kaya dan ternama sahaja. Si social climber ingin dilihat di majlis-majlis penting tidak kira peragaan fesyen atau the hottest party in town. Paling penting si dia cuba sedaya upaya untuk mendampingi kumpulan yang in dan cool agar dirinya turut dilabel sedemikian oleh orang lain. Kadang-kadang kelakuan mereka nampak begitu terdesak lalu terus dipanggil fake oleh mereka yang ingin dirapati atau yang sedang sibuk mengkiritik dari jauh.
 

 

Kenapa perlu jadi social climber? Kegilaan manusia terhadap status dengan mudahnya adalah punca utama. Mereka mahu muncul dalam muka surat ‘events and happening’ majalah yang hebat-hebat atau paling tidak pun Instagram sendiri berpakaian ‘drop dead gorgeous’ dan yang paling penting duduk bersama selebriti atau paling tidak pun duduk sebaris dengan Puan Sri atau Datin. Pada mereka, itulah ‘validation’ yang diingini sekaligus membuktikan ‘she’s made it’ and ‘one of them’. Ada juga yang bekerja keras untuk memasuki social circles agar dapat mengenali pasangan hidup. Rich, eligible bachelors yang memandu kereta mewah dan terbang ke sana sini bercuti. Siapa yang tidak mahu?
 

See also
Crossfit Senaman Terkini Paling Berkesan

 

Untuk diterima masuk atau paling kurangnya diberi pandangan kedua oleh golongan elit ini bukan mudah tapi social climber akan cuba sedaya upaya. Ada social climbers (bukan hanya seorang dua) yang manjadikannya misi hidup untuk membeli beg designer (malah si Birkin dan Kelly pun dia sanggup) agar dapat ke majlis ‘orang kaya’ dan dapat bersosial dengan ‘ladies who lunch’. Bukan itu sahaja; barang kemas, pakaian designer terbaru, percutian ke Eropah atau Vegas – semuanya dilakukan supaya ada bahan untuk berbual bila berjumpa di high tea ini atau launching event itu.
 

 

Media sosial menjadi alat terpenting social climber untuk mereka menjual diri sebagai orang ada ada. Kalau boleh mereka mahu satu dunia tahu yang mereka antara yang eksklusif dijemput ke acara-acara ‘orang kaya’ dan dapat bergaul dengan selebriti dan sosialit kota (padahal sesetengahnya hanya sibuk mengejar peluang bergambar dengan golongan elit ini). Biasanya apabila mendengar ada event hebat bakal berlangsung, si social climber akan pastikan diri mereka dijemput. Mereka sanggup berbelanja RM10,000 untuk membeli satu beg daripada jenama penganjur atau atau berperangai menjengkelkan dengan PR yang menguruskan senarai jemputan. Masuk sahaja ke ruang majlis, mereka berkejar kearah kumpulan IT boys and girls, bergambar bagai nak rak dan terus upload ke Instagram. Obsesi sesetengah orang mendaki tangga sosial membuka ruang tanya kepada kita.

See also
Intai Kehidupan Peribadi Peragawati Ternama di Snapchat!

 

Kenapa golongan ini terlalu terdesak untuk mendampingi kumpulan elit ini sehingga ada yang hidup tertekan memikirkan langkah seterusnya.? Siapa yang bertanggungjawab membina benteng yang perlu ditembusi dan illusion of the perfect life of the rich and famous? Bagi saya golongan elit of course. Mereka biasanya menilai social climber dan memperlekehkan tatacara dan rupa pendaki tangga sosial adalah golongan sama yang mahukan social climber tergila-gila ingin be part of. Kehebatan hidup golongan ini mungkin tampak indah dalam sosial media dan majalah tapi sejauh mana the rich and famous sebenarnya happy dan content? Di sebalik helaian Alexander McQueen dan sepatu Manolo Blahnik kemungkinannya mereka tidak bahagia, sedih, dan desperate wife. Biasanya golongan elit ini akan melabel orang lain social climber dan juga turut melabel mereka berstatus rendah dan tidak setaraf. You can’t sit with us!

 

Siapa sebenarnya mereka untuk menilai orang lain sebegitu sedangkan sebenarnya adalah lebih menjengkelkan apabila golongan elit ini yang meletakkan diri mereka sendiri di atas takhta sosial. Bukan semua social climber sibuk mendampingi golongan elit dan mengejar lelaki kaya. Ada yang berkarier hebat dan berpersonaliti menarik. Bagi saya adalah lebih baik jika mereka menyalurkan tenaga pada hal yang boleh memberi manfaat dan membina diri agar menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk berjaya. Be yourself, dan anda akan menarik perhatian mereka untuk bersama anda tidak kira sebagai teman hidup atau medan sosial. Pengesahan yang anda perlu hanyalah datang dari diri sendiri. Be happy with you.

 

See also
Datin X: Datin Bela Anak Ikan Sampai Dua

Calling somebody else fat won’t make you skinnier. Calling someone stupid doesn’t make you any smarter
– Lindsay Lohan dalam Mean Girls.