Rahsia Secangkir Kopi
Gambar: Ingimage
Dalam secangkir kopi tersimpan seribu rahsia. Masyarakat dunia tidak sabar bangun pagi hanya untuk menikmati kopi yang mewah aroma dan rasa.
Fakta Menarik Kopi:
1. Di Itali, anda mungkin boleh pesan double espresso. Tapi tahukah anda bahawa ia bukanlah amalan masyarakat di sana? Benar, orang Itali banyak minum kopi tetapi dalam dos yang kecil dan kerap.
2. Jangan gunakan istilah espresso di Itali, kerana ia hanyalah istilah teknikal. Ia bukan bahasa yang digunakan sehari-hari. Single espresso dikenali sebagai caffe di sana.
3. Dahulu kala, pengantin lelaki Turki pernah dipaksa berjanji sewaktu majlis persandingan untuk sentiasa membekalkan kopi kepada isteri mereka. Jika tidak, isteri berhak minta cerai.
4. Ada macam-macam cara masyarakat dunia minum kopi. Orang Itali minum espresso dengan gula. Rakyat Jerman dan Swiss pula dengan coklat panas. Orang Mexico dengan serbuk kulit kayu manis. Orang Morocco minum espresso dengan biji lada. Rakyat Ethiopia pula gemar minum dengan secubit garam. Orang Mesir suka kopi yang kuat, tanpa gula, krim atau susu. Kopi tanpa gula selalunya dihidangkan kepada orang yang sedang berkabung dan kopi manis sewaktu perkahwinan.
5. Pada tahun 1675, Raja England mengharamkan kedai kopi kerana beranggapan ianya merupakan tempat untuk rakyat jelata bersubahat menentangnya.
6. Ahli falsafah Perancis, Voltaire, dikatakan meminum 50 cawan kopi sehari.
7. Kopi segera dicipta oleh individu bernama George Washington sekitar tahun 1910.
8. Sebuah kafe di Perancis akan mengecas kopi yang dipesan pelanggan dengan harga lebih mahal sekiranya pelanggan itu tidak mengucapkan “hello” atau “please”.