Pohon Krismas Swarovski Tertinggi Asia Di Pavilion Kuala Lumpur

Pohon Krismas Swarovski Tertinggi Asia Di Pavilion Kuala Lumpur

Image 8Gambar: Pavilion KL

 
Pavilion Kuala Lumpur terus semarakkan sambutan Hari Natal dengan menjunjung tema Christmas Sparkle, sekaligus mencerminkan kemilau cahaya hari perayaan tersebut.
 
Bekerjasama dengan jenama mewah Swarovski, tarikan utama di gedung mewah itu pada tahun ini adalah pohon Krismas Swarovski tertinggi di Malaysia dan juga Asia. Berdiri gah di Centre Court, pohon Krismas yang diambil inspirasi dari koleksi Krismas Swarovski bersama Miranda Kerr itu mencipta rekod tersendiri dengan ketinggian sehingga 23 meter. Sejumlah 174, 853 biji kristal digunakan bagi memberi sinar cahaya dan kemilauan pada pokok Krismas itu, manakala anggaran nilai keseluruhannya adalah sebanyak RM3 juta.
 
Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan persembahan memukau oleh pemain piano, Charmaine Laipemain serta tetamu juga turut dihanyutkan dengan gesekan indah biola oleh Josh Kua. Koleksi musim luruh/sejuk 2015 Swarovski turut diperagakan oleh barisan peragawati yang menyarungkan busana dari Khoon Hooi.
 
Deborah Henry selaku hos menceriakan lagi malam tersebut yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Retail Pavilion Kuala Lumpur, Cik Joyce Yap dan Pengarah Urusan Perniagaan Barangan Pengguna Asia Tenggara Swarovski, Encik Aymeric Lacroix, merasmikan acara dengan menyalakan pohon Krismas Swarovski tersebut. Ianya turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pokok Krismas Swarovski tertinggi di Malaysia.
 

See also
GLAM Deko Personaliti - Bicara Pakar Warna

[soliloquy id="40459"]

Gambar: Pavilion KL