Perubahan Selena Gomez Selepas 3 Bulan Menghilang - Glam Malaysia

Perubahan Selena Gomez Selepas 3 Bulan Menghilang

Pelakon jelita ini telah membuat sedikit-sebanyak perubahan dalam kehidupannya, selepas menghilang dari radar paparazzi dan media selama lebih 90 hari.

 

 

Baru-baru ini, Selena menyertai soal selidik Thrive Global dan beliau telah membuka soal kehidupan peribadinya, seperti perkara yang memberinya semangat, harapan dan bermacam lagi. Selena juga telah menyentuh akan hiatus 3 bulannya. Bila ditanya bila dia terasa sangat tertekan, Selena berkata “3 bulan lalu, sebelum saya mengambil hiatus untuk menjaga diri dengan lebih baik.”

 

Beliau menggunakan masa tersebut untuk menilai siapa yang dia perlukan dalam kehidupan dan siapa yang tidak berbaloi memberi ruang. Selena juga mendedahkan bahawa beliau tidak lagi ketagih akan media sosial. Beliau tidak mempunyai telefon bimbit selama 90 hari tersebut. Selena mengakui bahawa ia memberikan perasaan yang segar dan menyenangkan dan hanya beberapa orang dapat mengaksesnya sekarang.

 

Beliau telah membatalkan tour dunia Revival bagi memberi tumpuan lebih kepada dirinya. Selena membuat penampilan buat kali pertamanya selepas 90 hari tersebut ketika dia American Music Awards 2016 pada bulan lalu.

See also
Lifestyle Guru: Peter Davis

 

Selena memberi ucapan yang dekat di hati  selepas menerima anugerah AMA pertamanya. Beliau mengakhiri ucapan penuh perasaan itu dengan bekata “Ada satu perkara anda semua patut perlu tentang diriku: Saya mengambil berat tentant kalian. Dan ini buat anda semua.”

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah