Perkahwinan Termahal Di Dunia

Perkahwinan Termahal Di Dunia

Penuh ekstravaganza serta meriah dengan perhiasan dan kehadiran tetamu kehormat, majlis perkahwinan yang tersenarai ini bukan seperti biasa sebaliknya antara termahal di dunia! Baca lanjut perkahwinan pasangan mana yang tersenarai.
 
1. Michael Douglas & Catherine Zeta-Jones
 

CZJweddingGambar: The Wedding Tiara

 

Perkahwinan antara pasangan pelakon ini dikatakan menelan belanja sebanyak US$1.5 juta. Bagi mengekalkan privasi, kad undangan mereka dicetak menggunakan dakwat yang tidak dapat dilihat dan hologram serta seramai lebih 50 anggota polis ditugaskan menjaga kawasan majlis. Gaun perkahwinan Christian Lacroix dipakai Catherin Zeta-Jones berharga US$140,000 manakala mahkota berlian indah menghiasi kepalanya berharga US$300,000.

 
2. Christina Aguilera & Jordan Bratman
 

ChristinaAguileraWeddingGambar: Celebrity Bride Guide

 
Kisah hangat percintaan pasangan ini menjadi melodi di dalam album Back To Basic Christina Aguilera. Perkahwinan mereka yang berlangsung pada tahun 2005 dihadiri seramai 150 orang tetamu termasuklah selebriti ternama. Bertempat di ladang anggur Napa Valley, khemah musim sejuk dijadikan tema dengan saratan bunga ros pembangkit seri. Christina memilih gaun leretan ropol Christian Lacroix berharga US$80,000 untuk majlis istimewa itu. Keseluruhan perbelanjaan dilaporkan sebanyak US$2.2 juta.
 
3. Prince William & Kate Middleton
 

See also
Balenciaga Menjual Beg Shopping Bernilai $1,100

Kate Middleton weddingGambar: TPGVIP

 
Tidak lengkap rasanya senarai ini tanpa perkahwinan diraja diantara Prince Williams & Kate Middleton. Dikatakan sebanyak US$34 juta dibelanjakan untuk perkahwinan ini termasuklah kos bahagian keselamatan kerana perkahwinan berprofil tinggi yang ditonton hampir ke serata dunia. Perbelanjaan lain termasuk US$80,000 untuk kek serta US$800,000 untuk bunga.
 
4. Vanisha Mittal & Amit Bhatia
 

Vanisha Mittal & Amit BhatiaGambar: Forbes

 
Perkahwinan anak perempuan waris hartawan keluli dari India ini menelan belanja sebanyak US$60 juta! Tetamu yang diundang bukan sahaja diberi tiket penerbangan untuk menghadiri majlis itu di Paris, malah penginapan mewah berupa hotel bertaraf lima bintang turut dibiayai. Lebih hebat, Kylie Minogue dijemput untuk membuat persembahan ditambah percikan bunga api di Eiffel Tower . Tetamu turut diberi cenderahati berjenama mengandungi batu permata.
 
5. Prince Charles & Lady Diana
 

news diana auction 130410Gambar: TPGVIP

 
Masih segar dalam ingatan akan busana perkahwinan Lady Diana dengan leretan kain sepanjang 25 kaki. Perkahwinan yang ditonton seramai 750 juta penduduk serata dunia itu dikatakan menelan belanja US$48 juta dan meningkat kepada US$110 juta selepas kos inflasi. Sebanyak 27 biji kek perkahwinan setinggi 5 kaki digunakan, mengambil masa selama 14 minggu untuk disediakan. Turut digelar “wedding of the century”, seramai 4,000 anggota polis serta 2,201 orang pegawai tentera ditugaskan untuk mengawal penonton yang hadir.
 
 

See also
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Grammy 2016