Perkahwinan Sofia Vergara dan Joe Manganiello

Perkahwinan Sofia Vergara dan Joe Manganiello

capture-20151123-172423Gambar: Instagram Sofia Vergara

 
Pasangan serasi, Sofia Vergara dan Joe Manganiello akhirnya mengikat ikrar cinta mereka pada Ahad (22 November 2015) lalu di Palm Beach, Florida.
 
Sofia Vergara memukau dalam persalinan gaun putih sulaman tangan yang direka khas oleh Zuhair Murad. Leretan gaun yang boleh ditanggalkan pada busana itu menyuntik elemen drama, manakala dandanan rambut dibiar beralun lepas, disudahi dengan subang berlian 55 karat dari Lorraine Schwartz. Joe Manganiello pula kelihatan cukup segak dalam persalinan sut hitam.
 
Mengambil lokasi di pusat peranginan The Breakers, majlis tersebut dipenuhi kelopak bunga melambangkan cinta mereka. Seramai 400 tetamu dihiburkan dengan persembahan khas oleh Pitbull, manakala lagu “The Way You Look Tonight” dendangan Frank Sinatra menjadi irama tarian pertama mereka. Antara selebriti yang hadir menyaksikan momen bersejarah itu adalah Channing Tatum, Reese Witherspoon dan Arnold Schwarzenegger.
 

[soliloquy id="40627"]

Gambar: Instagram Sofia Vergara & Zuhair Murad

See also
Semarakkan Rumah Tangga Kala PKP