Perkahwinan Putera Carl Philip Bersama Sofia Hellqvist
Gambar: TPGVIP
Bagai pinang dibelah dua! Perkahwinan antara Putera Raja dari Sweden, Carl Philip bersama bekas bintang realiti juga peragawati, Sofia Hellqvist berlangsung dalam suasana cukup indah laksana kisah dogeng.
Gambar: TPGVIP
Perkahwinan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara itu merakamkan momen manis buat tatapan rakyat jelata. Majlis yang berlangsung di sebuah istana Stockholm itu turut disaksikan ribuan rakyat yang setia menanti di luar istana.
Gambar: TPGVIP
Sofia Hellqvist menyarungkan gaun sutera dan renda dengan leretan kain panjang rekaan pereka fesyen Sweden, Ida Sjostedt. Sewaktu berjalan ke arah Prince Carl, Putera itu dilihat mencuba untuk menahan dari mengalirkan air mata.
Gambar: TPGVIP
Pasangan itu kemudiannya diarak menaiki kereta kuda melalui sekitar bandar lama Stockholm sambil melambai ke arah rakyat jelata yang menanti di sekitar jalan. Ianya kemudian diiringi dengan 21 das tembakan serta makan beradab.
Bibit cinta antara Putera Carl dan Sofia dikatakan bermula apabila mereka bertemu di sebuah restoran pada tahun 2010. Mereka kemudiannya mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.