Percutian Singkat Villa Mewah

Percutian Singkat Villa Mewah

Percutian berpanorama kehijaun semestinya menjadi idaman setelah sekian lama melalui hiruk-piruk kehidupan kota. Namun masa yang tidak mengizinkan kadangkala menjadi batu halangan yang membenamkan hasrat. Tidak perlu gundah kerana di negara kita sebenarnya penuh dengan pusat percutian serta villa mewah yang menjanjikan kedamaian serta ketenangan. Kenali antara yang terhebat lagi mengujakan!
 
Casabrina2

CasabrinaGambar: Casabrina

 
1. Casabrina Vacation Villa

Pengambaran semula jadi penuh kemewahan merupakan janji Casabrina, sebuah resort 6 bintang terletak di Raub, Pahang. Perjalanan hanya lebih satu jam dari kota Kuala Lumpur pasti memuaskan dengan pelbagai aktiviti disediakan seperti night safari, memancing ikan untuk makan malam, river cruise dan merentas hutan menjejaki rafflesia.
 
SekepingSerendah

SekepingSerendah2Gambar: Sekeping Serendah

 
2. Sekeping Serendah

Antara yang terkenal kini, Sekeping Serendah memberi pengalaman unik kepada pengunjung dengan pemandangan hijau memukau. Alami sendiri pengalaman berbeza dan terokai lokasi sekitar villa tersebut yang penuh pengambaran natural seperti kawasan air terjun dan perkampungan orang asli.
 
Wadi Samrah3

See also
Nikmati Diet Menyelerakan

Wadi SamrahGambar: Wadi Samrah

 
3. Wadi Samrah

Pemandangan seakan di Bali dengan villa klasik dan mewah menjadi tarikan Wadi Samrah yang terletak di Janda Baik, Pahang. Pemandangan bukit indah menjamin ketenangan untuk anda melupakan seketika masalah ketika di pejabat.
 
Tanjong Jara Resort2

Tanjong Jara ResortGambar: Tanjong Jara Resort

 
4. Tanjong Jara Resort

Terletak di Dungun, Terengganu, hotel mewah ini sarat rekaan klasik seperti zaman dahulu kala. Lokasi berhadapan lautan biru menambahkan lagi pengalaman mempesona. Sekadar bermalas-malasan di tepi pantai atau melakukan aktiviti luar, segalanya tidak mustahil di sini!