Pengalaman Unik Dan Eksotik Di Bumi Borneo

Pengalaman Unik Dan Eksotik Di Bumi Borneo

Oleh: Zuhairie Sahrom
Gambar: Corbis, YTL Hotels. Shangri-La Group & Tpgimages Borneo Conservation Trust
 
Borneo add noise
 
Lupakan sejenak kembara anda ke luar negara. Pendamkan seketika rencana liburan mewah menyusuri kota benua Eropah atau Amerika Syarikat. GLAM sarankan anda hayati segenap Bumi Borneo yang mampu memberikan pengalaman unik, eksotik dan mewah. Bangkitkan memori indah kala menelusuri kekayaan hutan Borneo yang sarat dengan biodiversitinya di bumi damai Sabah dan Sarawak.
 

2. Gaya Island Resort Villa ViewPengembaraan ke dalam hutan tebal berpandukan naturalis berpengalaman jika bermalam di Gaya Island Resort

 
Gaya Island Resort
Resort kontemporari ini tersenarai di dalam destinasi percutian berkelas dunia yang mengambil sepanjang hamparan Teluk Malahom di Pulau Gaya. Setiap satu daripada 121 vila berinspirasikan alam semula jadi dengan rekaan indah perabot dari material kayu langsung dihiaskan segenap dindingnya dengan palet tanah yang cukup mendamaikan. Beranda menghadap Laut China Selatan juga berpanoramakan hutan tebal dan pandangan Gunung Kinabalu jelas dari kejauhan.
 

Screen Shot 2015-07-01 at 4.00.16 PM copySarapan pagi berpanoramakan matahari terbit di atas Gunung Kinabalu antara tarikan kala menginap di Shangri-La’s Rasa Ria Resort

 
Shangri-La’s Rasa Ria Resort
We bring you paradise, itulah yang dijanjikan. Bila cahaya fajar merekah di kaki langit, menjamu sarapan pagi berpanoramakan matahari terbit di atas Gunung Kinabalu yang tampak berbalam dari kejauhan sangatlah mengagumkan. Mengambil lokasi di Pantai Dalit, resort ini terletak di tengah-tengah rizab alam semula jadi. Ternyata memukau dengan fantasi magis alam semula jadi.
 

See also
Korner Mak Datin: Kerana Dengki Hijabnya Dibuka

src-14412-1375737781Gayana Eco Resort menyajikan kehidupan marin mikro yang terpelihara di sekitar pantainya

 
Gayana Eco Resort
Mengambil gelanggang subur pulau terumbu karang di pantai Borneo. Sebanyak 52 buah vila dibina indah di atas air terus mendekatkan anda dengan bunyi deruan ombak yang memukul mesra. Segala-galanya mengenai resort ini adalah untuk melindungi ekologi dan kehidupan marin yang sangat berharga. Merupakan satu-satunya harta pusat Penyelidikan Ekologi Marin yang memelihara khazanah laut dan memulihkan terumbu karang.
 
Taman Bahari Tunku Abdul Rahman
Mendapat julukan Maldives of South East Asia, Taman Bahari Tunku Abdul Rahman punya kumpulan pulau yang menawarkan keindahan hidupan dasar laut yang menggamit jiwa. Taman ini terbentang luas sejauh 4,929 hektar dan dua pertiganya adalah laut. Meliputi gugusan pulau antaranya Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
 
Pulau Gaya
Pulau yang terbesar dengan keluasan 1,466 hektar dengan panjang pantainya sejauh 25 kilometer. Namanya bermaksud besar atau Gayo dalam bahasa Bajau dan pasir pantainya yang memutih juga menempatkan paya bakau, tanah berlumpur dan tebing berbatu yang indah.
 
Pulau Manukan
Pulau kedua terbesar di Taman Bahari Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan pulau pertama yang diiktiraf sebagai Taman Negara di Sabah. Pulau yang terkenal dengan kecantikan pantai dan batu karangnya ini hanya mengambil masa 20 minit dari Kota Kinabalu dengan menaiki bot laju.
 

See also
Santai di Samui

Sulug IslandPulau Sulug. Gambar: Horizon Hotel Sabah

 
Pulau Sulug
Pulau bersaiz kecil yang terletak di Pantai Barat Sabah ini juga dianggap lebih bersifat peribadi. Buat pelancong yang gemarkan liburan di pulau yang masih dara, pulau ini harus tersenarai dalam diari kembara anda. Tiada kemudahan lengkap untuk pelancong, namun pulau ini menawarkan lambakan batu karang yang menghuni di dasar air sekitar 10 meter bawah laut.
 

Screen Shot 2015-07-01 at 4.00.00 PM copySelain orang utan, terdapat 200 jenis burung dan pelbagai tanaman liar di Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok

 
Pusat Rehabilitasi
Orang Utan Sepilok Merupakan salah satu daripada empat pusat rehabilitasi dan perlindungan orang utan di dunia. Terletak di sudut hutan simpan Kabili-Sepilok, kira-kira 25km ke utara Sandakan. Pusat ini ditubuhkan pada tahun 1964 dan kini meliputi 40 km persegi lantas menjadi wisata tarikan utama di Sabah. Selain orang utan, terdapat 200 jenis burung dan pelbagai tanaman liar yang dapat ditemukan di hutan cagar alam seluas 5.666 hektar ini.
 
Pusat Perlindungan Monyet Proboscis Teluk Labuk
Monyet Belanda (Nasalis Larvatus) adalah satu tarikan eksklusif di tanah Borneo. Lupakan seketika orang utan kerana ia boleh dilihat di dalam hutan belantara Sumatra. Monyet Belanda hanya terdapat di bumi Borneo! Ia juga diangkat sebagai ikon haiwan yang menjadi lambang tarikan pelancongan di negeri ini.
 
42-70617060

See also
DATUK SERI SITI NURHALIZA

Gua Niah merupakan gua terbesar di Malaysia dan sarat dengan sejarah, juga adalah antara gua batu kapur yang terbesar di dunia.

 
Taman Nasional Niah
Taman ini merangkumi balutan kawasan rawa gambut seluas 3.140 hektar dan hutan berlumut hijau (dipterokarp). Di dalam hutan tersebut terdapat perbukitan batu kapur yang besar di mana gua raksasa Niah ditemukan. Pada tahun 1958, ahli arkeologi menemui bukti penempatan manusia di gua ini sejak 40, 000 tahun yang lampau. Terdapat coretan gambar-gambar di dinding batu yang kemudian dinamakan sebagai Lukisan Gua yang ikonik.