Sebuah majlis santai cukup intim dianjurkan Lancome bagi melancarkan wangian terbaru La Nuit Tresor yang penuh dengan aroma misteri lagi senasi. Komposisi wangian dengan intipati bunga mawar hitam digabungkan nota sensual Vanilla Tahitensis Orchid Absolute yang disudahi nota Incense, Papyrus Essence dan Lychee Praline menjadi tarikan. Turut menyerikan majlis adalah selebriti terkenal Neelofa yang turut sama berkongsi rahsia cantik bersama mereka yang hadir.