Minum Petang Bersama Anya Hindmarch - Glam Malaysia

Minum Petang Bersama Anya Hindmarch

afternoon-tea-by-anya-hindmarch-visual

Antara juadah minum petang Anya Hindmarch yang disajikan khas oleh Mandarin Oriental Kuala Lumpur

 

Restoran Lounge on The Park di Mandarin Oriental Kuala Lumpur menyajikan minum petang khas buat masa yang terhad hasil daripada kolaborasi jenama British terkenal, Anya Hindmarch dan chef pastri, Anthony Hoyle. Berinspirasikan koleksi AW16 Anya Hindmarch yang memaparkan unsur-unsur visual pikselasi dan seni digital, memberikan classic twist kepada hidangan minum petang yang sudah cukup mewah seadanya itu.

 

Selain daripada macaroon lemon bertemakan smiley, mille feuille Space Invader berperisakan strawberi dan sandwic teh mini salmon serta timun dan krim keju juga memberikan elemen yang kreatif kepada juadah popular itu. Bersertakan skon panas dan pastri lain, teh melengkapi juadah tersebut.

 

Minuman petang Anya Hindmarch itu disajikan setiap hari dari 3 Oktober hingga 20 November 2016 di Lounge on the Park di aras lobi dengan harga RM108nett/pax.

 

Kongsi gambar minum petang anda dengan hashtag #AHXMOKL
Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur

See also
Sarapan Sihat Dengan Avocado Egg

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah