Meneroka Keindahan New Zealand

Meneroka Keindahan New Zealand

Negara yang terletak di hujung peta ini menyimpan pelbagai khazanah alam yang mengasyikkan. Tidak dinafikan ramai yang menganggap New Zealand sebagai tempat percutian hebat yang menawarkan pemandangan indah disulam dengan kepelbagaian aktiviti yang akan memperhebatkan lagi waktu riadah di sana. Budaya New Zealand yang tersendiri juga membuatkan anda teruja dan ingin menyelami keunikan negara ini secara langsung.
 

queensGambar: TPGVIP

 
Queenstown, New Zealand

Terletak di sebelah barat daya Pulau Selatan, Queensland adalah bandar yang menawarkan pelbagai jenis aktiviti lasak. Jika anda seorang yang sukakan cabaran Queensland adalah tempat yang tepat untuk dituju.  Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah bungee jumping, skydiving, jet boating dan river rafting.

 

bay of islandGambar: TPGVIP

 

Bay of Island

Pulau yang terletak tiga jam perjalanan darat di utara Auckland ini adalah yang tercantik di New Zealand. Dengan iklim sub-tropika, gugusan pulau kecil ini menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan di sini antaranya aktiviti belayar, riadah jet ski serta sukan berkayak. Dekatkan diri dengan panaroma hijau di sekeliling serta terokai kehidupan laut yang pasti membuatkan anda lupa masalah di kota. Pemandangan indah serta formasi geografi di pulau-pulau ini membuatkan setiap momen yang dihabiskan di sini bakal terpahat menjadi memori percutian terindah.

See also
GLAM Expose: Keeping Up With Joneses: Penyakit Orang Kaya Akibat Tekanan Status dan Harta

 

bagendHobbit Holes. (Gambar: Listverse)

 

The Green Dragon InnThe Green Dragon Inn. (Gambar: Hobbiton Tours)

 

Pengambaraan Di Set Filem Hobbit

Peminat filem trilogi The Lord of the Rings dan The Hobbit pasti teruja untuk melangkah sendiri ke dalam Hobbit Holes, The Green Dragon Inn, The Mill, Double Arched Bridge dan struktur lain yang dibina khas untuk merealisasikan visi novel JRR Tolkien itu. Tentukan setiap kenangan berada di sana akan mengembalikan kembali semangat setia kawan yang menjadi nadi filem hebat itu.

 

The-Mill-Hobbiton-film-set-New-ZealandThe Mill. (Gambar: Wandering Kiwi)

 

double arcDouble Arched Bridge. (Gambar: Eddie And Devan)