Makanan Anti Penuaan

Makanan Anti Penuaan

healthy breakfast with yogurt and granolaGambar: INGimage

 
Bukan sekadar bergantung pada penggunaan produk anti penuaan untuk mengekalkan keremajaan wajah, tetapi soal pengambilan makanan juga haruslah diambil berat. Diet sihat selaras dengan aplikasi krim kecantikan menjamin raut wajah muda. Ikuti kupasan hangat mengenai makanan yang membantu bertindak sebagai ejen anti penuaan.
 
1. Bijirin
Pengambilan bijirin seperti gandum dan oat yang kaya dengan fiber merendahkan risiko untuk menghidapi kencing manis tahap dua. Diet sihat beserta tiga hidangan bijiran setiap hari juga bagus untuk saluran darah. Selain itu, oat juga merupakan makanan rendah glikemik dimana makanan tinggi kandungan glikemik boleh menyebabkan masalah jerawat serta kedutan di wajah. Oat turut berfungsi menangkis kerosakan serta melegakan radang kulit.
 
2. Brussels Sprouts (Sejenis kobis)
Sayur ini mengandungi khasiat vitamin A yang membantu penghasilan kolagen. Selain itu, ia turut kaya dengan vitamic C serta asid folic yang berupaya menghalang sinaran cahaya matahari.
 
3. Susu
Ambil 3 cawan susu lemak rendah, yogurt atau produk tenusu lain dalam diet harian. Produk tenusu diperkaya dengan kalsium serta Vitamin D yang memberi manfaat kepada tulang badan. Harus diingat untuk memilih susu lemak rendah agar tahap kolesterol tidak memuncak.
 
4. Kekacang
Menuru kajian, pengambilan kekacang mampu mengurangkan kadar kolesterol serta penyakit jantung koronari. Pengambilan 4 biji kacang badam sehari sudah memadai.
 
 

See also
Keraian Fesyen Meriah Dan Glamor Pada Malam GLAM x Glam Lelaki Fashion Night Out 2019 Bersama COACH