Keraian Hujung Tahun Anda Di Mana Untuk Krismas atau Tahun Baru

Keraian Hujung Tahun Di Mana?

Hujung tahun menjelang lagi. Masuk 2019 anda mahu raikan setahun lagi Krisman dan Tahun Baru lebih istimewa. GLAM sarankan anda mencuba makan malam atau minum petang di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. 

 

Setiap tahun menjamu selera di Coffee House yang terletak di level 9 memang tidak membosankan. Cuba memesan Kari Kepala Ikan menu untuk dua orang, nescaya anda akan datang lagi untuk menikmatinya. Menjelang Krismas dan Tahun Baru pula pasti ada kelainan dipersebahkan di sini.

 

Menu istimewa disediakan Executive Chef Rossham Rosli  seperti Beef Steak Medallion with Creamy Sarawak Green Pepper Sauce, Norwegian Salmon with Lemon Butter Sauce, Tiger Prawns with Butter Garlic and Black Pepper, Beef Wellington, New Zealand Mussels, Korean Oysters, Monkfish Fillet, Supreme Duck with Creamy Fruity Curry Sauce dan banyak lagi.

 

Selain Coffee House anda boleh juga mencuba menu di Gen Japanese Restaurant atau Atrium Lounge untuk menukar selera. Setiap satunya punya keistimewaan tersendiri dan pasti enak.

See also
Keluarga Diraja British Hadir Ke Tayangan Perdana FIlem James Bond

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse