Kembara Si Jetsetter

Kembara Si Jetsetter

Gigi Hadid airportGigi Hadid. (Gambar: TPGVIP)

 
Jelajahi destinasi percutian impian anda dengan tampil bergaya dan selesa membimbit bagasi, sama ada menghirup udara nyaman di Pulau Santorini, Greece mahupun menyusuri aroma ladang lavender di Provence, Perancis.
 
Keep It Simple
Jika anda bercadang untuk pergi ke destinasi yang jauh jaraknya dan merancang untuk tinggal lebih lama, semestinya lebih banyak pakaian yang anda perlukan! Untuk tampil lebih menawan ketika mengembara, sediakan sekurang-kurangnya sepasang kot trench dan wrap dress. Bermaterial wrinkle-free supaya boleh disuai padan dengan setiap helaian pakaian bagi peroleh imej wanita klasik yang feminin. Pastikan gaya yang dipilih adalah ringkas dan bersahaja untuk keselesaan perjalanan yang panjang kelak.
 
Tandakan Bagasi
Seandainya anda memilih untuk menjinjing bagasi berwarna hitam, sebaiknya hiasi dan tandakan bagasi anda dengan cara tersendiri seperti mengikat reben di pemegang beg mahupun tampalkan ia dengan pelekat supaya anda kenal dan tidak mengambil bagasi yang salah.
 
Pakaian Tambahan
Sediakan pakaian tambahan di dalam bagasi tangan sekiranya berlaku kelewatan bagasi atau hilang. Jangan bimbang, syarikat penerbangan mempunyai sistem pengesanan yang baik dan biasanya boleh mendapatkannya balik dalam masa 24 jam.
 
Ubat-ubatan
Jangan lupa untuk membawa semua ubat preskripsi dan kelengkapan dandanan diri di dalam bag kecil atau toiletry bag. Lupakan untuk membawa bersama pengering rambut kerana kebiasaannya disediakan di bilik hotel. Jika tidak anda boleh sahaja membeli pengering rambut yang murah sebaik sahaja tiba di destinasi percutian anda.
 
Sampul Surat Plastik
Simpan sampul surat plastik atau kalis air dengan salinan kad kredit, pasport, lesen memandu, jadual perjalanan, maklumat penerbangan, maklumat insurans dan butir-butir perbankan di dalam bagasi tangan anda. Salinan-salinan itu boleh membantu anda jika dokumen asal hilang atau berlaku kecurian.
 
 

See also
The Women About Town: Thanuja Ananthan, Anuja Ananthan, Carey Ng, dan Manisha Jagan