Kehalusan Kraftangan Kopi Dengan Nespresso Master Origin - Page 3 of 5

Kehalusan Kraftangan Kopi Dengan Nespresso Master Origin

Nikmat secawan kopi untuk memulakan hari anda agak sukar dirungkaikan melalui kata-kata. Aroma kopi nan mewah dan kehangatan yang dirasai diikuti pula dengan hirupan pertama sekaligus mengejutkan sel-sel badan anda daripada kelesuan pagi senja.

 

Memberi penekanan yang tegas dalam pemilihan biji kopi mereka, Nespresso telah menjelajah ke serata dunia buat misi pencarian aroma dan rasa kopi yang penuh nikmat dan berkualiti tinggi. Mengambil kira amalan pertanian setiap kawasan yang mereka lawati, Nespresso menemui jawapannya di lima kawasan berbeza. Hasil penemuan mereka telah melahirkan koleksi Master Origin yang menampilkan lima sensasi kopi hasil inspirasi lima kawasan pilihan Nespresso. Dari Indonesia hingga ke Nicaragua, ikuti kisah Nespresso.

3 of 5

Nespresso Master Origin Colombia

Biji-biji kopi Master Origin Colombia dibiarkan untuk masak dan ranum untuk tempoh yang lebih lama. Lantas menghasilkan kopi dengan rasa masam, fruity seakan wain merah, dan keamatan yang cukup untuk menghasilka profil kopi sempurna dan seimbang.