Kediaman Lima Bintang Di Golden Triangle, Kuala Lumpur - Glam Malaysia

Kediaman Lima Bintang Di Golden Triangle, Kuala Lumpur

Cukup ikonik. Glam membariskan tiga kediaman hebat yang menawarkan segala kemudahan berstatus lima bintang seperti lokasi yang cukup strategik, dekorasi moden, kolam renang, gimnasium, kawalan keselamatan 24 jam serta pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang menakjubkan. Apatah lagi semuanya berdekatan dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Pavilion.
 

EO

Gambar: Arkib GLAM


 
Eo residence
 
E&O RESIDENCES 

Terletak berhampiran dengan lokasi pelancongan menarik di tengah kota raya. Kediaman ini menyediakan  kolam renang dan suasana dalam mood tropika serta pelbagai perkhidmatan lain.
 

Ascott

Gambar: Arkib GLAM


 
ASCOTT KUALA LUMPUR 

Kediaman yang terletak berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas serta dikelilingi  bangunan pencakar langit, Ascott Kuala Lumpur sudah pasti menyuntik rasa gaya hidup yang sofistikated dan urban kepada pengunjungnya.
 

Pavillion

Gambar: Arkib GLAM


 
PAVILION RESIDENCES 

Bagaikan berada di tengah-tengah nadi ibu kota, kediaman mewah ini pasti menjanjikan pengalaman  berbeza sambil berpeluang menikmati keseronokan membeli belah di pusat beli belah Pavilion yang menyediakan hampir 450 buah butik.

See also
Jatuh cinta di Switzerland