Inspirasi GLAM: Evita Delmundo, Keyakinan Gadis Bertompok Hitam - Page 8 of 10 - Glam Malaysia

Inspirasi GLAM: Evita Delmundo, Keyakinan Gadis Bertompok Hitam

Untuk seseorang menerima diri mereka seadanya, bukanlah perkara yang mudah namun itulah yang berjaya dilakukan oleh seorang gadis berusia 20 tahun dari Sabah yang badannya dipenuhi dengan tompok hitam atau tahi lalat, Evita Patcey Delmundo.

 

Gadis kacukan Filipino yang selesa dikenali sebagai Evita ini mengharungi pelbagai dugaan dalam bentuk cemuhan daripada masyarakat sekililingnya sewaktu membesar di Kota Kinabalu.

 

Foto: Instagram/evita_delmundo

Namun gadis ini mempelajari cara-cara untuk mencintai dirinya sendiri dengan cepat atas bantuan dan sokongan keluarga dan rakan-rakannya.

 

“Saya pernah berfikir untuk membuang semuanya tetapi doktor menasihatkan saya bahawa prosedur itu boleh membahayakan kesihatan saya,” jawab Evita Apabila ditanya sama ada dia pernah berfikir untuk membuang semua tahi lalatnya.

 

“Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan tidak mengambil endah kepada mereka yang memandang ataupun mengucap kata-kata negatif terhadap diri saya. Saya rasa tidak perlu untuk melawan balik. Mereka tidak layak menerima perhatian saya,” nyata gadis itu lagi dalam satu temubual.

 

Bagi membuktikan keyakinan yang dia ada terhadap dirinya, Evita baru-baru ini telah menyertai ujibakat untuk Miss Universe Malaysia 2018.

 

Evita yang memang meminati pertandingan kecantikan seperti Miss Universe tekad untuk menguji bakat walaupun dia mungkin gagal untuk menunjukkan keunikan yang ada pada dirinya. Dia juga tekad untuk menjadi inspirasi kepada gadis-gadis lain di luar sana.

8 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Okon ko baiko antad sid vuros ot kematan kovosiho ino enga it ginavo nga avantang e.??

A post shared by Ave Evita Patcey Delmundo? (@evita_delmundo) on