IDEA PERCUTIAN KELUARGA LAIN DARI YANG LAIN

IDEA PERCUTIAN KELUARGA LAIN DARI YANG LAIN

OLEH : YUSAIRI FITRI

 

Ke mana anda sekeluarga hujung minggu ini? Percutian sepatutnya menjadi terapi untuk menikmati erti sebenar berehat, namun pasti ada di antara anda yang mengalami not-so-happy holidays kerana terpaksa menguruskan kerenah si kecil yang beraneka ragam.

 

 

_DSF4305

Kala berbicara mengenai hospitaliti terbaik kala berlibur, tidak ada mana-mana hotel di dunia yang menawarkan servis setarafnya di Club Med Cherating Beach Resort! Pakej percutian lengkap yang merangkumi penginapan, makan, pengangkutan pergi dan balik, aktiviti menarik dan persembahan hiburan di malam hari.

 

Lebih menarik, para pekerja hotel kesemuanya berasal dari pelbagai negara di seluruh dunia. Maka suasana global membuatkan anda dan keluarga berasa sepertikan bercuti di tanah asing walhalnya hanya di Cherating!

 

 

CHEC_K112_002

Pastinya tiada sebab untuk memberi alasan kepada anak-anak kerana di sini keseronokan bukan sahaja tertumpu pada orang dewasa semata-mata malah si kecil juga punya kelebihannya.

 

 

_DSC9218

Club Med menawarkan perkhidmatan Baby Club with Splash Park untuk menjaga bayi berumur dari usia empat hingga 23 bulan sementara ibu bapa menikmati aktiviti percutian di dalam resort.

See also
GLAM MEMORI: Sarimah Ibrahim

 

 

CHEC_K112_091

Kala anda bermalas-malas di Zen Space yang hanya dikhaskan untuk pengunjung dewasa sahaja. Anda boleh menikmati minuman di mini bar berhampiran kolam mandi yang menghadap Laut China Selatan sambil berjemur dan menikmati keindahan semula jadi.

 

 

IMG_3801

Si kecil pula berpeluang mengikuti aktiviti luar yang dianjurkan oleh Mini Club (4-11 tahun) dan Pass World (11-17 tahun) untuk mengenali hidupan liar dengan lebih dekat menerusi Jungle Walk, Turtle Sanctuary, Clean Art Planet dan sebagainya.

 

 

CHEC_B110_044

Andainya mahu merawat tubuh yang lesu, singgah sahaja Mandara Spa. Menampilkan rawatan berasaskan urutan tradisional Bali, setiap sesi pastinya menjanjikan kepuasan. Jika ingin mencabar diri dengan aktiviti lasak, sukan seperti Jungle Walks, memanah, trapeze, mendaki, sunrise yoga, dan pelbagai lagi tersedia untuk anda.

 

Aktiviti malam di Club Med pula sarat dengan agenda kebudayaan, di mana pengunjung dipersembahkan dengan pertunjukan seperti gimrama, tarian, persembahan api, nyanyian dan banyak lagi di tepi kolam
renang utama.

See also
Di Mana Kylie Jenner Semasa AMA 2016?

 

 

_DSC2310

Anda harus merasai sendiri pengalaman bercuti di Club Med kerana ianya tidak mungkin dapat digambar secara tulisan semata. Nasihat kami, hubungan Club Med Cherating sekarang untuk membuat tempahan segera!