Hidangan Pencuci Mulut Strawberi Trifle - Glam Malaysia

Hidangan Pencuci Mulut Strawberi Trifle

Hidangan Strawberi Trifle yang lazat membangkitkan selera kala menikmati hidangan pencuci mulut. Himpunan buah strawberi yang menjadi nadi utama kepada menu ini juga seimbang dengan diet sihat. Bukan sahaja enak dimakan, tetapi cara penyediaan teramatlah mudah. Kala sibuk menyediakan santapan di dapur, jangan lupa untuk selitkan menu strawberi trifle yang GLAM titipkan.

 

Strawberry-Trifle-17-10Gambar: thejoyofeverydaycooking

Bahan-bahan:

  • 1 paket vanila puding segera
  • 3 cawan susu segar yang sejuk
  • Kek span dan dipotong secara kiub
  • 4 ulas pisang di potong secara kepingan
  • 1 paket buah stawberi
  • 3 sudu besar gula
  • whip cream

Cara-caranya:

     

  • Campurkan agar-agar vanila dengan susu. Letakkan kek span sebagai lapisan pertama, diikuti agar-agar vanila yang telah siap di cairkan. Kemudian letakkan strawberi dan pisang yang sudah siap di potong secara kepingan di lapisan ketiga. Akhir sekali, letakan whip cream di lapisan ke empat dan ulang kesemua lapisan tersebut sehingga memenuhi mangkuk yang anda gunakan. Tutup mangkuk tersebut dengan kertas aluminium dan sejukan selama 4 jam sebelum dihidangkan.
See also
Datin X : Privilege Flaunting Di Era Coronavirus