Hangat Di Jakarta Sepanjang 2014 - Glam Malaysia

Hangat Di Jakarta Sepanjang 2014

Dikenali sebagai kota terbesar Indonesia, Jakarta sarat dengan populasi juga megah dengan nilai budaya yang diangkat tinggi. Festival serta pameran budaya, politik dan ekonomi merupakan antara jiwa yang sinonim dengan kota ini. Jika merancang percutian ke sana singkat nanti, rujuk event highlight ini sebagai panduan. Jom ke Jakarta!
 
1. Jakarta Fashion Week 2015 (1 – 7 November)
 
Jakarta1

Industri fesyen Indonesia berkembang pesat dengan hasil kreativi serta originaliti yang jelas mencerminkan budaya mereka sendiri terutamanya di Jakarta. Rekaan haute couture serta busana muslimah yang sungguh inovatif juga penggunaan fabrik tradisional seperti batik menjadikan Jakarta Fashion Week antara acara yang dinanti.
 
2. Jakarta International Dance Festival (sepanjang November)
 
Jakarta2

Bertujuan memartabatkan budaya Indonesia terutamanya seni tarian, festival ini bakal diadakan dalam bentuk flash mob. Masyarakat akan turut diajak untuk menari bersama bagi menaikkan lagi semangat serta memupuk keharmonian pelbagai budaya di sana.
 
3. Jakarta International Film Festival (15 – 30 November)
 
Jakarta3

See also
Platform E-Dagang Gubahan Bunga Dan Gifting 50GRAM

Merupakan festival filem terbesar di Indonesia sejak tahun 1999, di sinilah berkumpulnya peminat, pelakon serta pembuat filem. Festival tahun ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Pop Up Cinema, Retrospective dan Open Air Cinema.