Menyelesaikan pertikaian antara Malaysia Airlines dengan Air Maldives melalui memorandum yang membawa kepada persetujuan, adalah di antara kes berprofil tinggi yang tersemat hebat dalam resume miliknya. Ikuti kembara percutiannya ke serata dunia.
Bermesra di langit biru dalam melihat keindahan Gunung Everest.
Berlibur di Bali adalah kembara yang terbaru dalam diari percutiannya.
Menyusuri peninggalan perang Vietnam di Cu Chi Tunnel, Ho Chi Minh.
Sempat mencuri masa merehatkan diri kala menghadiri perundingan sewaktu di Maldives. Selesa menjinjing beg tangan Chanel Classic kala bersiar-Siar di Brighton.
Tidak lengkap kunjungan di Switzerland jika tidak merakamkan kenangan berlatarbelakangkan Banjaran Gunung Titlis.
Gayanya ke parti pyjama Datin Ezurin Yaacob di London.
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Januari 2015