Oleh: Zuhairie Sahrom Gambar: Datin Seri Juliezulaiha
Sudah menjangkau 25 tahun usia rumah tangganya bersama suami tercinta, mereka terus merencana masa depan bersama. Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang cahaya mata. Datin Seri Juliezulaiha, langsung memikul tanggungjawab sebagai ibu sepenuh masa. Dalam memilih pilihan destinasi berlibur, wanita ini memilih Pulau Santorini dek kerana punya memori penuh manis dan panorama yang menakjubkan.
Detik keriangan dirakam bersama cahaya mata yang berlatar bekakang permandangan indah jambatan Brooklyn.
Pandangan dari luar jendela hotel yang menyaksikan hutan konkrit di sekeliling kota Metropolitan New York.
Sempat merakam gambar di lokasi yang diinspirasikan oleh Jonathan Crawley melalui laman Instagramnya kala bersiar di kota London.
Rancak bersantai bersama seisi keluarga di London.
Kunjungan ke Bangkok bersama teman-teman rapat.
Menyambut kedatangan tahun baru yang lalu bersama keluarga di Istanbul.
Merakam detik kembara France yang berlatarbelakangkan Arc De Triophe, Paris.