Vagina Rejuvenation: Trend Baru Mendara Semula Di Kalangan Sosialit Kota

GLAM Exposé: Vagina Rejuvenation – Trend Baru Mendara Semula Di Kalangan Sosialit Kota

Teks: Tengku Ashley Hassan

Dara semula itu bukanlah bermakna mengembalikan selaput dara semata-mata. Tetapi trend terbaru yakni vagina rejuvenation adalah mengembalikan sensualiti vagina dan meningkatkan libido wanita – inilah maksud terma revirginazation yang khabarnya popular di kalangan sosialit dan wanita berkerjaya ibu kota kini.

 

“Aduh… susah sangatlah nak menempah sesi rawatan di klinik estetik tu,” rengus Zarina, teman saya yang bekerja sebagai Naib Presiden di salah satu bank terkemuka di ibu kota. “You nak merawat apa Zarina?” tanya saya padanya. “Oh.. adalah,” jawabnya ringkas. “Bagi tahu lah Zarina.” pujuk saya dalam cemas juga mahu tahu apa yang mahu dirahsiakan sangat tu. “Rawat ehem… ehem…” sambil matanya melirik ke bawah menunjukkan ke arah tempat sulitnya. “Ha…! Biar betul Zarina atau you sengaja berlawak?” “Ya. Betullah. Rawat benda tu sekejap je. Macam buat facial.  Sudah empat bulan I mengamalkan,” ceritanya tanpa berselindung.

 

Kali pertama Zarina mengaku mengenai rawatan vagina yang dilakukannya sudah empat bulan itu, “Tak sakit ke Zarina?” tanya saya mahu mendapatkan kepastian. “Tidak langsung. Macam facial. Sakit ke kalau you buat facial? Lebih kurang macam itulah.”

 

Saya jadi tambah bingung. Macam rawatan muka? Mujur saya ada teman-teman di kalangan wartawan dan yang bekerja dalam bidang penerbitan. Jadi saya pun meminta bantuan mereka membuat temujanji dengan doktor di Bangsar. Sebenarnya doktor ini sudah terkenal dikalangan wanita sosialit kota. Daripada doktor tersebut saya tahu  lebih mendalam tentang rawatan-rawatan vagina ini. Dan daripada doktor tersebut  saya belajar banyak perkara. Dia memberitahu jenis-jenis rawatan dan fungsi rawatan tersebut.  Dia juga memberitahu bahawa rawatan rejuvenasi vagina ini bukanlah sesuatu yang baru malah sudah dimulakannya sejak 2006 lagi.

 

Jadi Zarina teman saya tadi juga sebenarnya terlambat jugalah tahu  mengenai rawatan ini. Apalagi saya? Zarina juga memberitahu saya rawatan vagina ini sudah menjadi trend. Ramai sosialit kota, wanita berjawatan tinggi dan kerabat diraja yang turut mendapatkan rawatan ini. “Bukan apa Rani. Kita mesti bijak. Jangan sampai suami makan luar dan menyalahkan prestasi kita di ranjang.” Kata Zarina lagi  teman-temannya melakukan rawatan tersebut kerana mereka kata  keupayaan vagina mereka tak sama lagi selepas melahirkan atau seperti waktu mereka mula-mula berkahwin dulu. Senang kata vagina dah tak ketat dan sudah tiada umph. Justeru, dia sibuk memberitahu yang kita perlu terbuka, berbincang dengan suami dan mencari jalan penyelesaian jika ada masalah seks.  Sambil ketawa Zarina memberitahu semua ini demi suami dan keharmonian rumah tangga dan juga untuk kepanasan sendiri.  Terkejut dan naik merah juga muka saya mendengar kata-kata Zarina itu walaupun dalam diam saya setuju sangat dengan pendapatnya.

See also
11 Selebriti Yang Enggan Menjadi Hamba Kepada Media Sosial

 

Sebelum bertemu doktor ada juga saya baca secara online tentang revirginization dan beberapa lagi terma atau rawatan yang berkenaan dengannya. Daripada pembacaan saya itu, saya belajar bahawa terma revirginization itu wujud dan kaedahnya ialah melalui pembentukan semula hymen. Bermakna secara surgeri, hymen atau selaput dara akan dibentuk semula dan akan memberi kesan seperti kali pertama wanita melakukan hubungan seks. Ini dipanggil hymenoplasty. Sesetengah negara mengganggap dara waktu berkahwin ini amat penting bagi golongan lelaki. Jadi ada antara wanita-wanita ini yang sudah hilang dara melakukan surgeri ini hanya semata-mata mahu memuaskan hati suami pada kali pertama mereka ‘bersama’. Kata doktor lagi, ada sesetengah wanita yang berkahwin semula misalnya, sengaja mahu menghidupkan semula perasaan dan senario kali pertama mereka hilang dara dan memutuskan melakukan surgeri ini. Ada juga lain-lain surgeri seperti vaginoplasty, clitoroplasty dan labioplasty antaranya.

 

Pun begitu, menurut doktor rawatan yang semakin popular masa kini ialah adjourn procedures, rawatan-rawatan susulan dan tambahan yang katanya boleh membantu meningkatkan seksualiti dan libido wanita. Rawatan yang dilakukan Zarina jatuh dalam kategori inilah. “Wanita-wanita hari ini sudah semakin terbuka membincangkan tentang masalah seksual mereka terutamanya yang berkenaan dengan vagina mereka. Topik yang dahulunya tabu ini kini sudah menjadi isu biasa buat wanita,” kata doktor yang saya temui . Ditanya mengapa stigma ini semakin menipis, jawabnya, “Kerana pengetahuan dan pendedahan mereka terhadap isu ini sudah semakin luas. Mereka boleh mendapatkan maklumat secara dalam talian atau daripada word of mouth daripada teman-teman yang pernah mengalami dan melakukan rawatan.”

 

Kliennya juga tidak terkongkong dalam beberapa kategori sahaja. Katanya tiada kelas-kelas tertentu pada klien yang datang mencari jalan penyelesaian kepada masalah seksualiti dan pada bahagian sulit mereka. “They come from all walks of life.” Ada juga antara kliennya yang datang dari luar negeri. “Mungkin kerana harga membuat rawatan di sini yang lebih murah berbanding di negara mereka atau di mana-mana negara lain yang turut menyediakan rawatan-rawatan sebegini, jadi mereka lebih rela terbang dan melakukannya di sini.” Respons yang diperoleh daripada kliennya setakat ini pula semuanya memberangsangkan. Semua mengatakan hubungan seks mereka bertambah baik dan kepuasan mereka bertambah baik. Berbaloi dengan harga yang mereka bayar untuk merawat masalah kurangnya libido dan turunnya tahap persembahan mereka di ranjang. Bergantung pada rawatan, harga boleh jadi dari sekitar RM2,500 hingga RM15,000.

See also
20 Rich And Famous

 

Klien yang datang juga bukan sahaja dari kalangan wanita-wanita yang telah  melahirkan tetapi juga yang tidak pernah. “Begitu juga dari segi usia. Klien saya berusia sekitar 20-an hingga 60-an. Tidak semua datang atas alas an seksual saja tetapi  masalah-masalah lain seperti vagina kurang sensitif, kesat, penghasilan pelincir semula jadi yang tidak produktif, longgar, sehinggalah kepada masalah discolouration.  Jadi sesiapa yang mengalami masalah ini boleh datang bertemu saya dan boleh berbincang tentang rawatan paling sesuai bagi merawatnya,” katanya lagi.

 

Dia selalunya akan berbual dahulu dengan kliennya sebelum mendalami masalah yang dihadapi. Bertanya tentang keputusan dan hasil yang mahu dicapai sebelum mencadangkan rawatan susulan. Katanya juga masalah vagina ini tidak seharusnya diambil mudah. Wanita tidak seharusnya menganggap ia masalah remeh dan tidak perlu diselesaikan. “Kebanyakan wanita suka berdiam diri sekiranya ada masalah pada  bahagian alat sulit. Antaranya sakit ketika melakukan seks.  Ini seterusnya akan menjurus kepada masalah sukar mencapai orgasme. Sedangkan semua masalah ini ada jalan penyelesaiannya. Ada rawatan-rawatan tertentu yang boleh mengembalikan fungsi normal vagina.”

 

Setahu saya sebelum ini, rawatan-rawatan masalah vagina ini hanya bergantung pada rawatan alternatif seperti minuman jus rapat atau jamu mengurangkan keputihan dan yang sama waktu dengannya. “Oh tapi jika ada rawatan mudah dan berkesan untuk merawatnya, mengapa perlu menunggu lama untuk melihat kesannya?” begitu kata doktor dan saya setuju dengannya. Jika anda rasa seksual dan vagina itu penting serta mampu pula membayar kos perawatannya, mengapa tidak mendapatkan rawatan? Tentunya berbual dengan doktor  was an eye opener for me. Saya juga memahami bahawa terma revirginization itu bukanlah tentang memiliki selaput dara semula tetapi lebih kepada mengembalikan sensasi dan kepuasan maksimum yang sepatutnya menjadi hak setiap wanita. Patutlah Zarina teman saya itu sanggup membayar dan menjalani rawatan ini. Benar katanya, bukan sahaja demi kepentingan diri dan kepuasan sendiri tetapi juga bagi membahagiakan suami dan mengekalkan keseronokan alam rumah tangga dan hubungan intim.

See also
Suitcase Diaries: Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Perancis

 

MonaLisa Touch Lebih enam tahun lalu rawatan ini diperkenalkan di Malaysia. Kerana usia, vagina akan kehilangan lembapan yang diperlukan untuk hubungan seks. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan, kegatalan, kekeringan dan kesakitan semasa seks. Penurunan fiber kolagen juga akan menyebabkan vagina hilang elastik dan mucosa dalam vagina menjadi nipis.

 

Viveve Rawatan ini tidak menyakitkan dan tidak membabitkan surgery. Rawatan ini bisa meningkatkan geseran yang memuaskan dan sensasi sewaktu hubungan seks. Ia boleh mengetatkan tisu pada bahagian bukaan vagina dari dalam secara lembut dan berperingkat. Rawatan ini memerlukan masa 30 minit tanpa bius dan downtime. Sesuai buat wanita yang merasakan vagina sudah longgar.

 

Kesan sepenuhnya rawatan ini boleh dirasakan dalam masa 30 hingga 90 hari. Kajian mendapati 90% wanita yang menjalani rawatan ini mengatakan vagina kekal ketat 12 bulan selepas rawatan maka rawatan ini sesuai dilakukan setahun sekali. Ada wanita yang mencubanya mengakui, “Saya rasa lebih ketat tetapi apa yang lebih penting adalah sensasi sewaktu melakukan seks  meningkat memberi saya orgasme yang lebih baik.” Ada pula yang mengatakan, “Saya boleh rasa tisu dalam vagina menjadi lebih kenyal. Saya rasa seperti usia 40 tahun semula iaitu kembali kepada peringkat optimum seksualiti saya.”

 

ThermiVa Rawatan ini menggunakan tenaga radiofrekuensi untuk memanaskan tisu bagi merejuvenasikan kolagen tanpa ketidakselesaan dan downtime. Perbezaan ThermiVa dan Viveve ialah ia boleh merawat tisu yang lebih dalam berbanding rawatan Viveve yakni pada bahagian vaginal fornices. Tetapi rawatan ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja. Ia mesti diulangi tiga hingga empat kali. Rawatan ini juga boleh merawat kedutan pada bahagian ini.

 

Antara respons yang diperolehi daripada klien termasuklah, “Saya perasan saya lebih terangsang dan ‘basah’ serta tidak memerlukan pelincir lagi. Saya rasa lebih sihat dan seksi. Radiofrekuensi ini memperbaiki bahagian dalam dan luar vagina saya.”

 

G Spot & O Shot G spot adalah proses di mana kolagen akan disuntik ke kawasan g spot vagina dan ini akan membuatkan proses pengembangannya lebih tajam. Wanita akan mendapat sentuhan, stimulasi dan orgasme dengan lebih baik. Sensasi akan lebih meningkat. O Shot pula melibatkan suntikan stem cells di kawasan yang sama di mana ia sangat sensitif. Ia akan meningkatkan vaskulariti secara keseluruhan dan stimulasi saraf.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu April 2017