Expose: Dari Parti ke Resepsi, Bagaimana Kelompok Elit Berbelanja dan Berhabis - Glam Malaysia

Expose: Dari Parti ke Resepsi, Bagaimana Kelompok Elit Berbelanja dan Berhabis

GLAM terpanggil untuk membongkar topik yang cukup hangat untuk dikongsikan. Isu kali ini tidak asing lagi dengan budaya kita abad ini. Ya, spending a bomb on events especially weddings is the IT thing in town. Saya mulakan misi siasat menyiasat dan kisah yang saya kumpul is shockingly happening right here in Malaysia! Dua, tiga, juta umpama jumlah normal untuk satu majlis resepsi perkahwinan.
 
expose-okt-16

Abad ini, tidak perlu menunggu anak raja berkahwin, golongan sosialit pun sanggup berhabis-habisan untuk meraikan hari bersejarah mereka. And all I can say is, they have all the money in the world and that obviously comes with expensive taste. Rata-ratanya wajah mahu dirias oleh makeup artist tersohor, kerana mereka percaya kuasa seri pengantin terletak pada tukang solek. Begitu juga jurudandan, wedding planner, emcee majlis, penyanyi jemputan, catering, jurugambar, juruvideo semuanya sudah ditetapkan. No expense was spared!
 
Perubahan era di mana people are willing to spend to get the best of the best. Sosialit yang masih single ini sudah berkongsi pun dream weddingnya nanti walaupun calon suami masih belum ada yang berkenan di hati. Dia mahu ‘KL’s wedding dream team’ menguruskan hari bahagianya nanti. Mahu couture dress dan statement pelamin kahwin dari Rizalman Ibrahim, muka dirias Khir Khalid, dan Chelek pula orang yang bertanggungjawab untuk kesempurnaan look keseluruhannya. Dayang Nurfaizah dan Datuk Sheila Majid adalah artis jemputan untuk hiburkan hadirin. Manggis Production khas untuk merakam detik bersejarah itu. She has the must-have list in her hands which ends up costing her millions of ringgit.
 
Alahai jika ditanya pada saya sendiri pun, if I have all the money in the world, mahu saja saya meraikan hari bahagia seperti yang diimpikan. Benar ada yang tidak berapa gemar hal-hal berkaitan perkahwinan ini. Tetapi teman saya yang satu ini sudah menyimpan diari kahwin seawal usia sembilan tahun lagi. Mahu dress seperti Cinderella, pelamin itu meriah sepertikan di taman bunga. Pentas pelamin pula tinggi seperti pentas konsert. Gambar kahwin mendiang Princess Diana dan Prince Will ditampal kemas dalam diari. Dan ya, seperti yang diimpikan menginjak usia 25 dia berkahwin dengan lelaki keluarga ada ada. Cumanya bukanlah anak raja seperti yang diimpikan semenjak kecil. But yeah if she gets Chanel for her hantaran forget about marrying the prince. Majlis diraikan di hotel Palace of The Golden Horses. Seramai 1000 jemputan menyaksikan entrance kedua pengantin menaiki kereta kuda it was really a fairytale set up, dan memang dari Datuk Siti kahwin lagi dia dah cop mahu Pak Abu menjadi wedding planner-nya dan Nurul Shukor makeup artist and finally her wishes are granted. Hari ini dia bahagia disamping dua anak teruna.
 
Kisah sosialit yang bernikah di kota London. Keluarga terdekat dan teman rapat diterbangkan ke Kota London menginap di Bvlgari Hotel, London. Hyde Park menjadi destinasi garden wedding. Udara nyaman dengan taman pada musim bunga, angsa girang berenang di tasik menyaksikan betapa meriah majlis tertutup yang dihadiri 300 jemputan ini. Dan di sebelah malam pula pengantin diraikan di hotel terkemuka Bvlgari, London. Kisahnya demi mengikut impian si anak, Datuk terpaksa menjual dua aset rumahnya yang bernilai lima juta ringgit di ibu kota demi menampung perbelanjaan perkahwinan si anak di London.
 
Tuah wanita ini apabila berkahwin dengan ahli perniagaan jet peribadi. Jadi isteri nombor tiga apalah sangat kalau kemewahan yang menanti tujuh keturunan pun tak habis makan. Starting her life as a jet setter, apabila dia menerbangkan entourage (jurusolek, jurudandan, jurukamera, juruvideo, pembantu) semua dengan jet peribadi untuk merakamkan video pre wedding di Morocco. Caj yang dikenakan untuk video sahaja untuk selama dua tiga minit menelan belanja RM40,000! Manakala gambar berserta album RM20,000. Tidak sabar saya mahu menunggu persiapan perkahwinannya nanti!
 
Tan Sri dari bumi kenyalang ini akur dengan permintaan anak perempuan tunggalnya untuk membuat majlis tertutup yang hanya dihadiri teman-teman anaknya. Tan Sri tidak dibenarkan untuk menjemput rakan-rakan perniagaan. Dek kerana Malaysia panas, si anak dambakan hutan belantara tetapi selesa dengan penghawa dingin. Wedding planner tersohor diamanatkan untuk menukarkan hotel kepada hutan. Segala perlengkapan diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Sarawak. Nah bukan sahaja hutan belantara, bulan dan bintang juga diwujudkan wedding planner. Kemuncak majlis apabila pengantin mengenakan busana couture dari pereka fesyen popular antarabangsa yang diperbuat daripada kulit ular seratus peratus. Fabrik ditatah dengan berlian. Anggaran kos baju pengantin itu bernilai 2.8 juta!
 
Kisah social climber ini boleh dijadikan teladan. Dek kerana sentiasa bercita-cita tinggi, dia bijak mengatur strategi berkawan dengan kelompok VIP dan VVIP. Saat anaknya mahu berkahwin, wanita ini masakan mahu buat ikut kemampuan sahaja walhal temannya yang berpangkat Datin dan Puan Sri berhabisan jutaan ringgit untuk majlis perkahwian anak mereka. Si anak terunanya dapat tangkap ikan besar apabila berkahwin dengan anak Datin Seri yakni teman baiknya. Dia pun mahu tunjuklah kekayaan kepada teman yang bakal menjadi besannya itu. Sanggup dia membuat pinjaman peribadi sehingga tak cukup pergi lagi pinjam duit dari Along. Ya majlis si anak memang menjadi talk of the town malah mengalahkan majlis sebelah perempuan. Di usia emas manalah wanita ini dan suami mampu membayar hutang piutang sebanyak itu dengan mengharapkan perniagaan produk muka yang suam kuku itu. Apabila darurat sehingga diugut bunuh, wanita ini tebalkan muka merayu mendapatkan bantuan si besan.
 
They say, The larger the rock, the rockier the marriage. Satu masa dulu kita digemparkan yang usahawan Malaysia menghadiahkan Ferrari putih sebagai hadiah perkahwinan terdahulu Kim Kardashian bersama Kris Humphries. Maklumat yang saya terima, hadiah itu daripada anak perempuan salah seorang hartawan Malaysia yang cukup obses dengan Kim Kardashian. Pada majlis perkahwinannya dia mendambakan cincin berlian 16.21 karat persis pemberian Kris Humpries kepada Kim. Forget cars, carats are the new status symbol! Majlis tertutup yang dihadiri 200 jemputan ini mengambil lokasi di hotel terkemuka ibu kota. The place was filled with multi-millionaires and billionaires as well as some of the most influential people the world over! Semuanya rakan korporat si ayah. Bayangkan saya diceritakan duit kaut (pemberian daripada tetamu) mencecah empat juta USD! Si ayah juga melabur besar kepada sistem sekuriti yang amat ketat. Dua tahun kemudian pasangan ini bercerai kerana ego si suami banyak kali tercalar dek kekayaan anak hartawan ini.
 
Hari ini majlis kahwin bukanlah bermakna majlis terbesar dalam hidup, malah majlis Aqiqah anak atau cukur jambul juga ada yang menelan belanja hingga ke 1.5 juta! Segenap pojok rumah dihidupkan dengan bunga segar peony dan hydrangea. Saya diceritakan wedding planner menempah bunga segar berkontena-kontena dari China. Baju si ibu pula persis seperti ini majlis pernikahannya yang kedua. French lace dangan sulaman serta perincian pada fabrik begitu mewah diilhamkam pereka fesyen tersohor tanah air. Baju si ibu sahaja menelan belanja RM30,000! Solekan di wajah pula bernilai RM6000! When you have it all…
 
Teman saya yang bekerja bahagian banquet hotel menceritakan majlis paling hebat sepanjang dia bekerja pada sekitar 2002, apabila pasangan ahli perniagaan bangsa India menyambut ulang tahun anak sulungnya untuk sweet sixteen party, anaknya diturunkan dengan helikopter sementara hadirin menunggu ketibaannya. Lebih memeranjatkan apabila mendiang Michael Jackson diterbangkan khas untuk membuat persembahan buat majlis anaknya!
 
Tidak kurang juga sambutan hari jadi pada tahun lepas when daddy booked the whole club for her birthday party! Si anak diberi hadiah kereta Ferrari 458 Spider. Anak yang baru berusia 16 memandu hadiahnya ke kelab terkemuka berkenaan. Seperti pertunjukan kereta apabila ahli keluarga lain juga hadir dengan kereta Ferrari. Kereta berkuasa tinggi ini bersusun cantik dengan aneka warna dan model. I was there as part of the media coverage, the event was also attended by royalties. Majlis pada malam itu masih sepertikan mimpi buat diri ini.
 
Apabila hidup sudah bermandikan wang, petik jari sahaja semua yang didamkan datang menyusul. Saya diberitahu ramai VIP yang membelanjakan doorgift jemputan sehinga bernilai RM500 untuk setiap hadirin. Jemputan pula 1000 ke 2000 orang. Ada sosialit memberi Iphone sebagai doorgift! Kad kahwin ada yang mencecah RM100 satu keping. Teringat saya pada isu sebelum ini, saya ada menceritakan kisah anak jutawan popular yang menerbangkan 10 escorts dari Jerman untuk majlis hari jadinya ke 30. Bertemakan Dirty 30 majlis dipenuhi dengan stripper pole dengan penari bogel. Hadirin tidak dibenarkan membawa masuk kamera dan telefon bimbit. Dan majlis dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Ya, begitulah cerita disebalik tabir on how the richest spend their money on events.
 
Dengan ini Exposé dedahkan kos secara umum untuk satu resepsi. Please take note, it is more expensive than that, cumanya harus saya kuncikan mulut ini untuk butirannya. It’s literally off the record, tetapi dengan hanya mendengar hadiah door gift sahaja boleh katakan saya bergelar new money!
 
1. Pelamin RM1 Juta
2. Satu dulang hantaran RM2,500
3. Kos konsultasi wedding planner RM60,000
4. Gaun pengantin RM80,000
5. Satu item Door gift RM500
6. Solekan RM6,000
7. Dandanan RM2,000
8. Kos katering di ball room RM280,000
9. Jurugambar RM20, 000
10. Juruvideo RM40,000
11. Performance RM15,000
12. Band RM3,000
13. Pemuzik iringan RM2,000

See also
Blake Lively Baru Belajar Untuk Menerima Rupa Tubuhnya