GLAM Exposé: Amalan Ilmu Hitam Untuk Kesenangan Diri - Glam Malaysia

GLAM Exposé: Amalan Ilmu Hitam Untuk Kesenangan Diri

Kalau dulu saya selalu mendengar cerita nenek, cerita mak kisah-kisah orang yang menggunakan khidmat bomoh untuk sihir-menyihir dan pemakaian susuk. Bagi saya itu kisah orang dulu-dulu tetapi saya terkejut apabila diberitahu hari ini di era globalisasi serta teknologi canggih ini masih ramai sebenarnya yang mengamalkan perbuatan syirik. Apabila saya duduk bersembang mengenai topik ini, ada sahaja si polan yang bercerita yang dia mengamalkan ilmu hitam sebagai pendinding dan kekuatan diri.

Ya ramai yang cakap kalau Melayu saja, tidak sah kalau tidak ada PHD (penyakit Hasad Dengki). Orang kita tidak suka tengok orang lain senang. Mereka tidak tumpang gembira jika ada jiran bertukar kereta atau membeli rumah baru. Perasaan cemburu menjalar dalam diri dan hati bagaikan dicucuk-cucuk duri sakitnya. Tetapi hari ini semua kaum pun menggunakan sihir untuk kepentingan diri. Mereka mahu jalan pintas dalam hidup.

Mungkin ramai yang tidak percaya kerana ini semua bergantung kepada individu itu sendiri. Banyak sekali penderita sihir yang terkena sihir, dan selalunya mereka beranggapan itu bukan sihir. Dan jangan ingat orang yang tidak berpendidikan sahaja yang amalkan perkara syirik seperti ini tetapi yang bersekolah tinggi dengan kelulusan dan status tinggi juga rakus menggunakan sihir sebagai jalan pintas. Pangkat dan darjat bukan penentu dengan ketaksuban seseorang yang mahu meminta bantuan bomoh demi kesenangan hidup.

Jenis-jenis sihir ini bergantung kepada apakah tujuan sihir itu dihantar. Misalnya, jika yang menghantar sihir itu untuk pastikan si mangsa yang ditujukan itu terhalang jodohnya, maka sihir yang dihantar itu dikenali sebagai sihir penghalang jodoh. Itulah yang terjadi oleh seorang sosialit ini. Dia anak tunggal daripada keluarga berada, zaman mudanya ketika usia 20-an dia memang sering bertukar teman lelaki. Orangnya cantik, tinggi lampai berkulit kuning langsat. Dia menjadi rebutan lelaki. Dek kerana terlalu ramai yang mendambakan dirinya, she turns out to be a playgirl. Until at one point she wants to settle down with a man that was madly in love with her. Sebelum bernikah, parti bujangnya dia mahu tidur dengan lelaki lain buat kali terakhir, kononnya sebelum terpenjara dengan satu ‘alat sulit’ seumur hidup! Malam itu dia bersama dengan tiga lelaki Mat Salleh. Malam itu menjadi malam buas buatnya melepaskan nafsu serakah.

See also
Datin X: Cinta Terhalang Kerana Berbeza Fahaman Politik

Si tunang yang mahu memberi kejutan buatnya pada malam itu kerana membeli tas Chanel yang diidamkan sosialit ini untuk dibuatkan hantaran tersentak melihat sosialit ini beraksi ghairah dengan tiga jejaka kulit putih! Bagai tercabut jantungnya melihat aksi tunangnya tersebut. Hatinya bukan retak seribu, tetapi telah diresapi kebencian yang amat sangat pada sang tunang. Dengan hati bersarang dengan kesumat si tunang menghantar sihir kepada sosialit ini untuk tidak pernah lagi bernafsu dengan mana-mana lelaki sepanjang hayatnya. Dan lebih dahsyat pada dahi wanita ini seolah-olah terlekat zakar si tunang. Kemudian setiap lelaki yang mengemukakan lamarannya kepada sosialit ini, dia tidak pernah bersetuju. Today she is in her mid 50’s mourning over her loneliness. Kekayaan yang diwarisinya umpama tidak bernilai kerana semakin lama dia dilihat seperti orang gila dan sering menangis dan meraung-raung sendirian di rumah agamnya. Lelaki yang pernah menjadi tunangnya masih hidup dan sudah berkeluarga tetapi masih berkesumat dengan dendam dan tidak mahu melepaskan sihirnya.

Kisah Datin ini sangat menyayat hati. Perkahwinan yang dibina selama hampir 20 tahun akhirnya kecundang. Dua tahun perkahwinan Datin, rumah tangganya sudah di ambang maut. Datuk sering mengadu Datin berbau hanyir seperti ikan, dan selekeh. Walhalnya apabila Datin tanya pada orang lain semua berkata tidak sama sekali. Hanya Datuk sahaja berkata demikian. Dan itulah alasan Datuk enggan melakukan hubungan seks dengan Datin selama dua tahun. Sebagai wanita di usia akhir 40-an seks bukan menjadi keutamaan tetapi suami di sisi dan belaian manja suami masih diperlukan. Setiap kali mahu bermanja, Datuk naik hantu mengamuk-ngamuk seperti jijik benar dengan Datin.

Dan lebih menakutkan pada bulan Ramadan sewaktu menyiapkan sahur Datuk, Datin terperanjat melihat di bahu suaminya ada wanita hodoh berambut panjang sedang bertenggek. Daripada situ Datin pergi berubat dan cuba mencari jawapan. Rupa-rupanya Datuk sudah menjadi mangsa minyak senyoyong dengan wanita yang bekerja di bawah Public Mutual ini yang turut menjaga akaun-akaun bank Datuk. Datin diceraikan tanpa belas kasihan seperti tiada secebis rasa sayang pun pada Datin dan Datuk tidak lagi kisahkan anak-anak. Selesai sahaja urusan perceraian mereka Datuk terus melangsungkan perkahwinannya secara besar-besaran di ibu kota. Malu Datin tak terkira yang selama ini cuba mempertahankan rumah tangganya dan tidak pernah bercerita masalah rumah tangga. All the socialites in KL were at shocked with the wedding invitation!

See also
Colour of The Year Untuk 2018 Didedahkan Oleh Pantone

Kisah social climber yang satu ini setelah dapat menjerat ikan besar, sentiasa berusaha untuk mempertahankan suaminya sahaja. Dia takut suami jutawannya disambar orang. Lalu dia menghambakan diri dengan bomoh meminta bomoh membuatkan suami hanya bernafsu dan hanya cintakan dia seorang sahaja. Dia mahu dirinya sahaja yang dipuja suami dan ditatang suami bagaikan minyak yang penuh. Dia bercerita dengan teman baiknya yang dia memberi nasi kangkang pada suami setiap hari dan dalam sebulan dia akan titiskan darah haidnya ke dalam lauk-pauk yang dimasaknya. Dia juga meletakkan susuk di alat kelaminnya agar si suami sentiasa tergila-gilakan alat kelaminnya. Dan dia mahu sentiasa hebat di ranjang!

Hasilnya memang si suami dilihat begitu menyayanginya tetapi kadang-kadang dilihat si suami seperti orang bodoh dan menjadi bahan umpatan teman-temannya yang menggelar si suami sebagai ‘pak turut’. Penuhlah gambar di Instagramnya menunjukkan betapa suaminya menghargainya dengan membuat surprise untuknya dan membelikannya hadiah tanpa henti. Dek kerana dia mahir dengan ilmu hitam, setiap kali mahu ambil pembantu, dia akan bogelkan pembantu rumahnya untuk periksa kalau-kalau si pembantu ada bawa tangkal atau ayat-ayat jampi. Bimbang jika si pembantu cuba menggoda suaminya!

Selebriti terkenal tanah air ini juga tidak terkecuali menggunakan khidmat bomoh untuk kekal dilihat berseri-seri dan cantik bagaikan tidak puas ditatap wajahnya. Menurut anak si bomoh, sanggup dia memandu kereta pada larut malam untuk membuat rawatan susuk pada wajahnya setiap beberapa bulan. Kerana itu biarpun usianya sudah cecah 40-an, baik tubuh mahupun wajahnya persis usia 20-an. Katanya kecantikannya itu lubuk rezekinya dan demi kecantikan dia sanggup lakukan apa sahaja. Tetapi yang hairannya kerap juga selebriti ini dilihat menunaikan umrah!

Sihir bukan hanya digunakan untuk cinta tetapi bagi yang mahu cepat naik pangkat, sihir menjadi permainan untuk segera menjawat jawatan besar. Bekerja di syarikat gergasi yang didominasi oleh kaum lelaki, wanita korporat ini orangnya sangat ambitious. Untuk menjawat jawatan Timbalan Pengarah Eksekutif, dia harus menghapuskan timbalan yang sedia ada. Dia pergi berjumpa dengan bomoh dan sihirkan si Timbalan Pengarah Eksekutif dengan patung. Ada masa lelaki itu terasa seperti otaknya mendidih-didih dan kepanasan, ada masa dia akan muntah-muntah darah. Ada masa dia akan meracau-racau dalam bahasa Siam. Sehingga pada malam hari badannya akan terapung di atas katil. Setelah setahun menderita, lelaki ini meninggal dunia. Pada hari kematian si lelaki wanita ini sepertikan perempuan menang judi ketawa terbahak-bahak dan hari ini dia menjadi orang yang disegani dalam bidang korporat yang dimonopolikan lelaki. She is the real witch!

See also
Datin X: Anak Dan Menantu Pemalas

Lagi kisah hartawan yang memiliki banyak cawangan makanan di seluruh Malaysia, tidak dinafikan makanannya sangat sedap dan kalau sekali makan pasti teringat-ingat. Kisah teman saya ini mempunyai indera keenam bermaksud dia dapat melihat makhluk-makhluk lain selain manusia. Setiap restorannya pasti ada pelaris yang dia akan nampak mahkluk-makhluk yang buruk rupa bertenggek di tiang, di siling dengan lidah terjelir dan air liur menitik-nitik dan dia menjadi fobia untuk masuk ke restoran. Sebenarnya bukan restoran milik hartawan ini sahaja bahkan sebenarnya banyak restoran makanan yang menggunakan pelaris. Hal ini kerana pemilik restoran ingin mendapatkan keuntungan berlipat-ganda dalam waktu yang singkat.

Jadi setiap kali lalu ke cawangan restoran popular ini, banyak kelibat yang melambai-lambai memanggil pelanggan masuk makan di restoran. Bukan sahaja perniagaan makanan menggunakan khidmat bomoh tetapi ramai yang menghantar sihir pada orang yang maju berniaga. Mereka tidak mahu ada saingan dan sakit hati melihat perniagaan orang lain maju. Jadi tidak hairanlah kalau kita lihat banyak kedai yang ditutup selepas beberapa bulan berniaga. Mungkin tidak semua perniagaan ditutup kerana sihir sebab memang bukan rezekinya. Tetapi andai perniagaan terpaksa ditutup angkara sihir sedih rasanya memikirkan betapa manusia ini suka berdengki sesama sendiri dan tidak senang melihat orang lain senang. Jika kita melihat orang lain maju, cepat naik pangkat, perniagaannya laris kita sepatutnya melihat pada diri sendiri, muhasabah kekurangan diri dan bekerja keras untuk memajukan perniagaan atau meningkatkan mutu kerja. Benarlah apa yang dikatakan pada akhir zaman ini fitnah dan ilmu sihir akan berleluasa. Manusia yang amalkan ilmu hitam sepertikan tidak ada perasaan belas kasihan lagi. Bagi mereka menyakiti manusia lain demi kepentingan mereka adalah satu kebahagiaan buat mereka.

Teks Tengku Ashley Hassan

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Oktober 2017