Generasi Hari ini Pilih Hotel Butik
Jelas sekali generasi hari ini memiliki selera jauh berbeza dan tersendiri. Mereka sentiasa tercari-cari akan kelainan dalam segenap aspek gaya hidup, termasuklah ketika mencari tempat menginap kala bercuti.
Salah satu lokasi hotel butik yang sedang diperkatakan kini adalah The Kuala Lumpur Journal yang berkonsep retro moden dan bercita rasa tempatan, The Kuala Lumpur Journal ialah hotel konsep baru yang terletak ditengah-tengah bandaraya.
Hotel KL Journal menyediakan segala kemudahan yang diperlukan pelancong moden. Kemudahan seperti WIFI percuma, bilik yang selesa dan perkhidmatan kelas pertama.
KL Journal juga menyediakan ruang komunal yang fleksibel direka secara khas untuk bekerja mahupun bermain, pekerja yang mesra dan perkhidmatan yang cekap disediakan apabila anda memerlukannya. Kemudahan yang disediakan secara teliti menambahkan lagi sentuhan peribadi untuk penginapan yang selesa dan berkualiti pada nilai yang berpatutan.
KL Journal terletak di kawasan Bukit Bintang, betul-betul di pusat bandar, di mana butik dari jenama mewah, restoran dan syarikat komersial boleh didapati di mana-mana sahaja. Untuk anda yang menyukai melakukan aktiviti malam, hotel KL Journal terletak hanya beberapa minit dari kawasan Changkat yang meriah dengan bar istimewanya, muzik secara langsung dan juga restoran. Anda juga tidak perlu risau dengan masalah pengangkutan kerana hotel KL Journal memiliki akses yang mudah untuk monorel, stesen LRT dan rangkaian bas yang memudahkan anda untuk ke mana sahaja yang anda ingini. Baru-baru ini KL Journal membuka sebuah pool bar di tingkat 11 bagi anda yang gemarkan suasana makan malam di tepi kolam renang. Bar akan dibuka pada setiap Isnin sehingga Sabtu dari pukul dua petang sehingga 10 malam.
A Good Night’s Sleep
Setiap bilik direka dalam palet neutral lembut dengan aksen warna dalam setiap perabot. Setiap kamar mempunyai tingkap yang besar, tilam ergonomic dengan cadar high-thread, serat mikro dan bantal bulu itik, 40”TV skrin rata serta WIFI berkelajuan tinggi. Bilik bersambung juga turut disediakan.
Meetings and Events
Selain dari menyediakan tempat penginapan, KL Journal turut menyediakan bilik untuk mengadakan mesyuarat dan majlis. Tiga studio direka untuk mesyuarat peribadi atau bengkel. The Gallery, dewan untuk majlis dan acara yang fleksibel, The Hub, kawasan yang santai dengan meja kerja dan kerusi santai, The Terrace, ruang hijau di kawaan terbuka yang turut menyediakan bar terbuka dan The Shack, a relax beer garden
[soliloquy id="48461"]