Dikhabarkan pereka fesyen Tom Ford bakal bekerjasama dengan rumah produksi George Clooney untuk filem keduanya yang bertajuk “Nocturnal Animals”.
Filem genre thriller itu merupakan sebuah adaptasi novel “Tony and Susan” nukilan Austin Wright. Dia dikatakan bakal menulis skrip serta mengarah filem yang masih dalam peringkat awal perbincangan itu.
Filem debut “A Single Man” arahan Tom Ford pada tahun 2009 mendapat pujian hebat dari pengkritik filem. Pelbagai anugerah diterima termasuk pencalonan tertinggi Golden Lion di Festival Filem Venice serta pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik di Oscar untuk tunjang utama Colin Firth.