Festival Muzik Dunia Mesti Kunjungi

Festival Muzik Dunia Mesti Kunjungi

Oleh: Zuhairie Sahrom
 
Tidak kira umur mahupun genre, muzik membawa penyatuan. Ia penyembuh depresi, itu benar sekali! Melihat persembahan barisan pemuzik kegemaran terus dikelilingi riuh-rendah juga gema sorakan gemuruh oleh ratusan ribu pengunjung, nyata memberikan pengalaman yang hebat lalu kekal di ingatan. It can’t be replicated anywhere else! Sebagai peminat muzik tegar, mereka berjimat menyimpan wang menanti saat festival muzik ini. Setahun menunggu, acara tahunan disambut meriah kala muka dicat juga tampil dalam persalinan anggun. GLAM membawakan lima festival muzik dunia yang mesti dikunjungi.
 

[soliloquy id="46642"]

 
COACHELLA, CALIFORNIA (AMERIKA)
Festival Muzik ini adalah yang paling ditunggu ramai. Saban tahun pengunjungnya bercambah kala pertama kali diperkenalkan pada tahun 1999. Bertempat di Empire Polo Club, Indio California, festival ini membawakan genre muzik yang pelbagai daripada rock, indie beralih kepada rentak hip-hop juga eklektik muzik elektronika.
 

[soliloquy id="46627"]

 
GLASTONBURY, SOMERSET (ENGLAND)
Festival terkemuka British dihadirkan selama lima hari sarat dengan muzik bernada kontemporari. Diacarakan sejak tahun 1970, terdiri daripada 25 kawasan dengan tiga pentas utama. Glastonbury turut menampilkan persembahan komedi, tarian, teater, sarkas juga kabaret. Penghibur unggul pop atau rock menjadi perincian utama bersama ribuan pemuzik lain yang membuat persembahan kecil sekitar kawasan festivalnya.
 

See also
20 Horror Flicks Anda Harus Tonton Pada Malam Halloween di Netflix

[soliloquy id=”46632″]

 
TOMORROWLAND, BOOM (BELGIUM)
Pesta ini mengambil lokasi di bandar Boom, 16 kilometer di Selatan Antwerp dan 32 kilometer di Utara Brussel. Dianjurkan sejak tahun 2005, Tomorrowland adalah festival muzik terbesar dunia yang menjulang genre elektronik. Tickets sell out in about two minutes. Kata orang jika berjaya mendapatkannya ia seperti menang loteri! Maka teruslah berjuang, bersengkang mata menanti. Just don’t forget to hit the refresh button party people!
 

[soliloquy id="46626"]

 
SECRET SOLSTICE FESTIVAL, ICELAND
Dibawakan untuk kali ketiga tahun ini, festival ini cukup unik bertemakan mitos kuno Norse! Mempertontonkan persembahan hebat pemuzik dari serata dunia. Baik yang terkenal mahupun up-and-coming talent sepanjang tiga hari selama 24 jam waktu siang pada solstis musim panas. Literally, there’s no night!
 

[soliloquy id="46620"]

 
BONNAROO, TENNESSEE (AMERIKA)
Tarikan utama festival ini adalah penampilan pelbagai pentas persembahan yang menampilkan muzik secara langsung dengan kepelbagaian genre. Termasuk indie, rock klasik, world music, hip-hop, jaz, bluegrass, country, folk, gospel, reggae, pop, dan electronika. Namakan apa jua genre, mereka bakal melemparkannya penuh semangat. Ia mungkin sama seperti line-up Coachella namun semunya hadir cool bukannya glamor. Expect to get down and dirty!
 
 

See also
Ibu Bapa Pendorong Utama Anak