Diet Menurut Pakar Pemakanan

Diet Menurut Pakar Pemakanan

foodGambar: Ingimage

 
Ikuti bual bicara bersama Yen Lu, Pakar Pemakanan dari Bodytone Studio Ampang.
 
Apakah perbezaan antara diet dan nutrisi?
Nutrisi bermakna proses mendapatkan manfaat atau gizi daripada makanan yang dimakan manakala diet dalah pola makanan atau tabiat pemakanan seseorang individu setiap hari. Diet terdiri daripada jumlah karbohidrat yang cukup, jumlah protein yang sederhana dan lemak paling minimum. Diet yang seimbang memberikan nutrisi optimum.
 
Apakah perlu individu yg mengalami masalah kesihatan seperti kanser memerlukan pelan perubatan harian berdiet?
Diet tidak hanya bermaksud menurunkan berat badan, ia juga adalah kawalan makanan atas sebab-sebab perubatan. Kondisi tertentu memerlukan jenis diet tertentu untuk merawat atau mencegah komplikasi. Diet khas yang disesuaikan dengan kondisi penyakit tertentu juga dikenali sebagai Medical Nutrition Therapy (MNT).
 
Energy booster, metabolism booster atau fat burner membantu individu mengawal berat dan kesihatan badan. Adakah ia digalakkan?
Memang benar sesetengah orang boleh mendapat manfaat daripada produk-produk tersebut namun ada juga yang tidak melihat sebarang perbezaan atau kesan. Pendapat profesional, makanan seimbang yang sihat dan fizikal aktif tetap memberi pendekatan yang paling mampan dan realistik bagi mengekalkan imej dan berat badan yang sihat. Ada beberapa diet tidak realistik atau yang tidak terbukti secara saintifik seperti diet jus anggur, diet Hollywood, diet jenis darah boleh membantu menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, tetapi kecenderungan untuk berat badan kembali meningkat juga adalah sangat tinggi.
 
Penghidap asma tidak boleh bergerak aktif untuk kebanyakkan aktiviti senaman. Adakah cara lain untuk menggantikan senaman?
Ya, anda boleh mengawal berat badan anda melalui pengawalan makanan tetapi untuk memiliki kesejahteraan secara keseluruhan, berat badan yang sihat dan memiliki fizikal yang sihat dan toned, senaman dan diet haruslah seiring. Memang benar sauna adalah salah satu cara merawat asma, tetapi untuk mendapatkan minda dan tubuh yang kuat, senaman adalah yang terbaik. Contoh latihan kardio untuk asma adalah berenang. Latihan kekuatan di gim juga boleh membantu mengembangkan dan meningkatkan kapasiti paru-paru.Dapatkan nasihat pakar sebelum mencuba aktiviti baru.
 
Adakah makanan berasaskan organik kesemuanya baik untuk badan?
Terdapat kepercayaan meluas bahawa makanan organik ketara lebih sihat dan lebih selamat daripada makanan konvensional, dan pengguna sanggup membayar. Namun kajian sistematik 12 bulan yang ditugaskan oleh Food Standards Agency (FSA) pada tahun 2009 membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan makanan organik adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan kandungan nutrien.
 

See also
First Lady Melania Trump Memberi Amaran Kepada Bekas Isteri Presiden Trump

1Yen Lu