Di Mana Destinasi Percutian Pantai Paling Popular Di Kalangan Orang Malaysia? - Glam Malaysia

Di Mana Destinasi Percutian Pantai Paling Popular Di Kalangan Orang Malaysia?

“I was invited to the worldwide launch of Club Med, an exclusive eco-chic paradise in the Maldives, where I was one of the lucky guests to experience the glimpse of heaven.” Yusairi Fitri berkongsi erti sebenar mengenai privasi, percutian dan penyatuan bersama alam. 

 

Penulis Kanan Projek Khas GLAM, Yusairi Fitri di salah sebuah lagun villa di Finolhu Villas.

Hamparan laut biru tanpa sempadan itu bisa memukau sesiapa sahaja yang tiba di resort berstatus mewah di Maldives. Club Med ternyata tidak memerlukan pengenalan, dengan reputasi sebagai satu-satunya resort yang menawarkan konsep all-inclusive stay dimana para tetamu tidak perlu lagi memikirkan di mana dan berapa harga makanan dan minuman yang mereka nikmati. Fokus saya pada kunjungan ini pastinya pada kemewahan yang ditawarkan oleh Club Med. Selain menikmati keindahan di resort Kani, Saya juga berpeluang menjejakkan kaki ke resort yang lebih primer yakni Club Med Finolhu Villas. Keindahan Finolhu Villas tiada tandingan. Resort ini terletak hanya sekitar 40 minit dari Maldives International Airport dengan menaiki bot laju.

See also
Hidangan Fusion Elemen Jepun dan Melayu Ramadan di Babe Restaurant

 

Foto: Club Med

Servis peribadi

Finolhu Villas segalanya mengenai pengalaman peribadi. Servis butler 24 jam untuk setiap satu vila adalah sempurna. Usai pulang dari aktiviti petang anda bakal disambut dengan minuman petang. Perhatian sepenuhnya buat anda yang mendambakan kemewahan sebenar.

 

Foto: Club Med

Supermasi lagun

Resort ini memiliki 22 Beach Villas dan 30 Lagoon Villas (juga dikenali sebagai vila atas air) dibina di atas kedua-dua belah laluan lagun. Kedua-duanya mempunyai pemandangan Lautan Hindi. Ciri-ciri unik vila-vila di sini adalah pada pembahagian vila sunset dan vila sunrise. Anda dapat menikmati keindahan matahari terbit pada waktu pagi atau jika dambakan suasana romantik, pilih sahaja vila yang berhadapan dengan matahari terbenam. Lebih menarik, rekaan vila yang esklusif ini mendapat sentuhan arkitek yang berpangkalan di New York iaitu Yuji Yamazaki dan rekaan hiasan dalaman oleh Perancis pereka dalaman Meriem Hall. Rekaan yang menakjubkan ini menggabungkan estetik keunikan bersama alam semula jadi, nafas kontemporari berkualiti tinggi menerusi penggunaan perabot berwarna-warni dan kontemporari.

See also
Info Menarik Aiport Lounges Cathay Pacific

 

Foto: Club Med

Aktiviti air

Aktiviti air disini tidak terbatas, dengan luas sekitar 62.000 meter persegi yang dikelilingi lebih dari satu kilometer pantai peribadi, maka resort ini sarat dengan dengan berbagai aktiviti yang dapat dinikmati bersama dengan pasangan atau tetamu lain. Salah satu aktiviti paling digemari ialah menyelam di laut, snorkeling, water ski, aquafitness, yoga atau meditasi di tepi pantai saat matahari terbit.

 

Foto: Club Med

Fakta menarik mengenai Club Med Finolhu Villas
  • Tenaga elektrik dijana oleh sistem solar. Semua kelengkapan peribadi adalah organik dan air minuman yang datang dalam botol kaca boleh dikitar semula.
  • Kakitangan dirujuk sebagai GOS. Ini terpakai kepada semua hartanah Club Med di seluruh dunia.
  • Anda mempunyai akses percuma kepada aktiviti-aktiviti dan restoran di Kelab bersebelahan yakni Club Med Kani Premium Resort.
  • Nikmati  masakan antarabangsa dan lokal di restoran Motu. Ciri-ciri unik dengan bar berlantaikan kaca, anda dapat melihat ikan yu, ikan pari dan pelbagai spesis lain kala menjamu selera.
See also
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW

 

Tips Perjalanan
  • Masa terbaik: Januari hingga April.
  • Mata wang yang digunakan adalah Rufiyaa tetapi mata wang Euro dan Amerika Syarikat, Singapura, dolar Australia, dan kad kredit diterima di Club Med.
  • Masyarakat Maldives menggunakan bahasa lokal iaitu Dhiveli dan Bahasa Inggeris.
  • Maldives adalah sebuah negara Islam, anda dinasihatkan untuk berpakaian sopan.

 

Untuk visual  yang lebih menarik sila klik pautan ini.

 

[soliloquy id=”62637″]