Destinasi Menarik Sambutan Krismas Seluruh Dunia

Destinasi Menarik Sambutan Krismas Seluruh Dunia

Lokasi sambutan Krismas dengan cara yang tersendiri menjadikan destinasi dunia ini antara yang patut dikunjungi kala menyambut perayaan penuh cahaya ini. Dari Itali hingga ke New York, ikuti senarai destinasi yang pasti menggandakan lagi suasana dan keseronokan di Hari Natal.

 

MIDNIGHT MASS, THE VATICAN, ITALY - italy travelista_The Vatican, Itali. Gambar: Italy travelista.

 
The Vatican, Itali
Seakan berada di alam fantasi, kota Vatican di Itali pasti memukau setiap pengunjung yang bertandang ke sini. Sambutan Krismas di kota ini berlangsung dalam suasana cukup magis dengan energi yang cukup berbeza. Perarakan beramai-ramai pada malam Christmas Eve juga sewaktu Hari Natal di St Peter’s Basilica menjadi memori yang pasti terpahat di hati. Melengkapi lagi suasana Hari Krismas, roasted chestnuts turut dijual di sekitar sudut.
 

Prague-Czech-Republic travelvivi_Prague, Czech Republic. Gambar: Travelvivi

 
Prague, Czech Republic
Kota Prague seakan disimbahi cahaya perhiasan Krismas yang menawan pandangan mata. Aktiviti paling menarik di sini adalah kunjungan ke Christmas Market yang mengambil lokasi di Old Town Square dan Wenceslas Square. Seakan festival di musim dingin, market ini menyajikan pilihan kraftangan tradisional serta perhiasan juga wangian lilin yang bisa menjadi bingkisan istimewa untuk dihadiahi pada yang tersayang. Bukan itu sahaja, anda boleh menyaksikan sendiri hidangan makanan tradisional serta cara pembuatannya, sekaligus menjadikan kunjungan anda lebih unik dan berbeza. Hiburan seperti konsert klasik, opera dan tarian balet juga pasti menjadi momen magis kunjungan anda ke sini.
 

See also
Fossil Smartwatches HR Hybrid: Cita Rasa Millennial

nyc-christmas-2011-11___Kota New York. Gambar: kevinandamanda.

 
New York
Seakan menjadi destinasi wajib kunjungi kala menyambut Krismas, kota New York pancarkan tenaga berbeza yang menjadi tarikan utama mereka yang berkunjung ke sini. Kota yang tidak pernah tidur ini disirami kemilau cahaya yang cukup indah dan menjadi lokasi pohon Krismas terkenal dunia di Rockefeller Center. Susuri Central Park dengan menaiki kereta kuda dan alami sendiri pemandangan menakjubkan di sekitar Manhattan. Untuk pengalaman yang cukup berbeza, kunjungi Dyker Heights di Selatan Brooklyn untuk melihat sendiri kediaman dihiasi cahaya lampu Krismas yang cukup mengagumkan.
 

santa-park-rovaniemi-lapland_ Santa Park. Gambar: travelaway.me

 
Santa Claus Village and Santa Park, Napapiiri, Lapland, Finland
Taman hiburan yang memberi seribu satu pengalaman sambutan Krismas pada pengunjungnya. Turut digelar sebagai “Europe’s Christmas Capital”, tarikan utama di sini adalah taman tema Santa dimana ianya menjadi lokasi Santa menjalankan operasinya. Seakan dibawak ke alam fantasi, pengunjung melalui suasana dingin sambil melihat rusa dan berkunjung ke pejabat Santa untuk menemuinya.
 
 

See also
Tip Kembara