Keunggulan empayar Roman bukanlah asing dalam kamus sejarah dunia. Keunikan kebudayaan serta kesenian yang sarat membawa Roman kepada satu tamadun yang cukup terbilang masa lampau. Sehingga kini, hasil seni cetusan bumi Roman diangkat sebagai sebuah nukilan seni yang begitu berprestij serta padat dengan 1001 kisah keagungan dunia!
Bangku rehat hamparan baldu jenama Maison Valentina nyata menggamit pandangan mata. Sentuhan perincian kristal menambahkan lagi nilai eksklusif hasil tukangan kayu bermutu tinggi ini.
Candelier jenama Donghia hasil buatan tembaga yang digilap menggamit suasana mempesonakan. Terendak yang memancar kemilau cahaya dihujungnya menebarkan kehangatan cahaya.
Alunkan aroma magis dalam kesegaran kediaman melalui wangian lilin Diptyque. Aroma segar alam semula jadi yang mengapung di udara dari nyalaan lilin melengkapkan suasana yang pastinya mendamaikan jiwa.
Lengkapkan ruang dalaman bersama kabinet neo-klasik keluaran Christopher Guy. Hasil rekaan yang unik terbias dek hasil refleksi vermin yang disatukan, pastinya menampakkan keindahan seni dari segenap sudut.
Mencedok inspirasi koliseum yang unggul di bumi Rom, meja sisi jenama Eichholtz tampil penuh bergaya. Kemewahan terukir hasil gabungan batu marmar yang dikelilingi bingkai keluli rona emas angka roman digarap penuh klasik.