#CARRECLUB Hermès di Singapura Meraikan Sebuah Legasi - Page 6 of 21

#CARRECLUB Hermès di Singapura Meraikan Sebuah Legasi

DI BAWAH HASHTAG POPULAR YANG DIBINA BUAT MERAIKAN SKARF SUTERA HERMÈS, CARRÉ CLUB ADALAH ANTARA POP UP TERMEWAH 2018 YANG BERLANGSUNG DI SINGAPURA. PENGISIANNYA JUGA MENYELURUH YAKNI MELIPUTI SEJARAH, PEMBABITAN SENI SERTA SUNTIKAN ELEMEN KESERONOKAN KHUSUSNYA BAGI YANG MENGUTAMAKAN NAFAS MODEN.

 

 

Berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, Carré Club adalah satu kunjungan rasmi buat meraikan kehebatan sutera mewah Hermes yang sudah diperkenalkan sejak 1937 lagi. Umum tahu pembuatannya memakan masa bertahun bagi mendapatkan warna yang tepat, benang sutera yang bermutu, dan juga ia adalah kolaborasi artisan terpilih sahaja. Sempena penggayaannya yang diraikan  dengan pelbagai cara menarik - diikat pada beg tangan, leher hingga penggayaan kreatif lain, kali ini Bali Barret selaku Pengarah Artistik Hermes menjelmakan satu aktiviti yang lebih besar. Skarf mewah segi empat sama ini diterjemahkan dalam konteks yang lebih meluas. It is just because art and fantasy have no boundaries, definitely exceeded one’s expectation within its constrains of their dimensions.

6 of 21
Use your ← → (arrow) keys to browse