Peragawati Bar Rafaeli melangkah anggun di hari perkahwinannya dengan menyarungkan gaun leretan Chloe yang direka khas oleh Pengarah Kreatif label itu, Clare Waight Keller.
Menerusi gambar yang dikongsi di laman Instagram, Rafaeli didakap erat oleh suaminya yang juga ahli perniagaan, Adi Ezra di hari bahagia mereka. Menurut laporan, perkahwinan dalam taman itu berlangsung indah dengan kehadiran 300 ahli keluarga serta teman rapat bagi menyaksikan momen manis pasangan itu.